KOTA KINABALU: Wakil belia daripada 73 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bakal merasai sendiri pengalaman mewakili DUN masing-masing di dalam persidangan Dewan Belia Sabah.
Menurut Presiden Majlis Belia Sabah (MBS), Abqaree Fawwaz Abekan program berkenaan akan diumumkan pelancarannya dalam masa terdekat.
"Setakat ini penyertaan telah pun ditutup dan kita telah pun mendapat jumlah,penyertaan yang cukup.
"Dalam masa terdekat ini Majlis Belia Sabah bersama sama dengan Kementerian Belia dan Sukan Sabah berada di fasa akhir untuk perlaksaan itu.
"Untuk perlaksanaannya nanti di peringkat Majlis Belia Sabah akan membuat pengumuman dalam masa yang terdekat", ujarnya.
Abqaree menekankan objektif perlaksanaan Program Dewan Belia Sabah itu bertujuan mengumpul data berkaitan mengenai keadaan semasa dan masalah pembangunan belia di Sabah untuk dibawa kepada kerajaan negeri selain membina bakat kepimpinan belia sebagai pelapis kepimpinan masa hadapan.
"Objektif DUN belia sabah ini adalah untuk kita mengumpul data ataupun aduan dan cadangan daripada anak muda untuk kita angkat ke Majlis Rundingan Belia Negara.
"Di Majlis Rundingan Belia Negara kita perlukan input yang banyak supaya input itu dapat kita serahkan kepada Ketua Menteri kita untuk diselesaikan", tambah beliau.
Untuk rekod, Program Dewan Belia Sabah dilancarkan pada Mac lalu di bawah Inisiatif Inkubator Kepimpinan Belia Sabah (IKEBS) yang dikendalikan oleh Kementerian Belia dan Sukan Sabah dan Majlis Belia Sabah.
Pogram bertujuan untuk memberi pengalaman kepada Ahli Dewan Belia yang terpilih untuk merasai suasana persidangan di Dewan Undangan Negeri Sabah selain memberi pendedahan mengenai proses pembuatan keputusan di peringkat kerajaan negeri.
Abdul Hafiz Mustadi
Sun Sep 04 2022
Jelas Presiden MBS Abqaree Fawwaz Abekan, Dewan Belia Sabah memberi pendedahan kepada anggotanya mengenai proses pembuatan keputusan di peringkat kerajaan negeri. - Foto Facebook\Abqaree Fawwaz Abekan
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
Ahli Dewan Belia Sabah akan bersidang dalam masa terdekat - MBS
Dalam masa terdekat ini Majlis Belia Sabah bersama sama dengan Kementerian Belia dan Sukan Sabah berada di fasa akhir untuk melancarkan Dewan Belia Sabah.