KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia dijangka berkembang pada kadar perlahan tahun ini ketika negara mula pulih beransur-ansur daripada langkah dan dasar yang dilaksanakan semasa perintah kawalan pergerakan, kata seorang ahli ekonomi.
Profesor di Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Geoffrey Williams berkata, meskipun negara bakal menyaksikan pertumbuhan ekonomi, namun angkanya dijangka tidak optimistik seperti yang diramalkan oleh ahli ekonomi antarabangsa berikutan pelbagai faktor termasuk dasar sekatan pergerakan.
"Ia mungkin sekitar 3.5 peratus kerana dasar sekatan pergerakan telah menjejaskan semua aspek ekonomi domestik dan kita telah melihat gaji purata dan median menyusut," katanya.
Williams berkata demikian semasa Forum Prospek Ekonomi dan Strategik Malaysia 2022 mengenai tajuk 'State of the Nation: Understanding Opportunities and Risks in 2022 To Build Back Better'.
Beliau berkata, pelaburan domestik sebagai sebahagian daripada pertumbuhan keluaran dalam negara kasar Malaysia terus menurun -- aliran yang berterusan sejak 2016 -- manakala hutang pengguna dan isi rumah terus meningkat manakala akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkurangan dengan ketara.
"Faktor-faktor ini memberi impak struktur yang ketara ke atas ekonomi dan sehubungan itu, kami tidak menjangkakan sebarang lantunan semula ekonomi yang signifikan tetapi pemulihan ekonomi yang agak perlahan, tentatif dan rapuh," katanya.
Menurutnya lagi, sekiranya berlaku peningkatan kes varian Omicron dan kerajaan mengambil langkah yang agresif, situasi seperti 2020 akan berulang kembali apabila negara bermula dengan positif dengan unjuran pertumbuhan yang tinggi namun mengakhiri tahun itu dengan pertumbuhan negatif akibat daripada pandemik COVID-19.
Mengulas mengenai kadar inflasi negara, Williams berkata, faktor-faktor luaran seperti harga minyak dan impak daripada sekatan pergerakan telah membawa kepada peningkatan inflasi pada awal 2021.
"Kita tidak boleh berbuat apa-apa dengan faktor luaran yang di luar kawalan kita, namun, sekatan pergerakan telah menjejaskan rantaian bekalan dan ini sebahagiannya disebabkan oleh pelbagai dasar dari segi kawalan harga dan penghapusan kawalan harga, yang memberi kesan kepada inflasi keseluruhan," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata, tanpa mengambil kira inflasi teras, kadar inflasi adalah sederhana dan menjangkakan inflasi keseluruhan menyusut.
"Kami menjangkakan inflasi berada sekitar 1.6 peratus, ia mungkin meningkat perlahan-lahan tetapi ia akan berada di bawah dua peratus menjelang akhir 2022," katanya.
Beliau berkata, dari segi inflasi keseluruhan, ia dijangka turun naik, tetapi lebih rendah berbanding tahun 2020 dan 2021.
"Kami menjangkakan ia kembali normal sekitar dua peratus," katanya.
Sementara itu, mengenai impak Bajet 2022, Williams memberi penekanan tentang kepentingan menubuhkan sebuah institusi fiskal bebas di negara ini bagi membantu memahami impak perbincangan bajet daripada perspektif forensik yang akan melapor terus kepada Parlimen dan juga rakyat. - BERNAMA
Bernama
Tue Jan 25 2022
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang pada kadar perlahan tahun ini ketika negara mula pulih beransur-ansur daripada langkah dan dasar yang dilaksanakan semasa perintah kawalan pergerakan, kata Profesor di Universiti Sains dan Teknologi Malaysia.
AWANI Ringkas: Polis kesan pemilik akaun timbul kebencian
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dasar Pengurusan Bencana Negara akan disemak semula - Ahmad Zahid
Dasar Pengurusan Bencana Negara akan disemak semula bagi meningkatkan daya tahan serta mengukuhkan kesiapsiagaan dan keupayaan negara dalam menguruskan bencana dengan lebih baik.
AWANI Ringkas: Bayi maut, jangkitan kuman di rumah pengasuh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mercun, bunga api bernilai RM854,000 dirampas
Polis merampas 427 kotak mengandungi pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM854,000 dalam satu serbuan di sebuah gudang di kawasan perindustrian Taman Scientex Senai di Kulai, Ahad lepas.
Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama tekankan tanggungjawab, peranan pemimpin
Fahmi menyifatkan persidangan itu sebagai satu acara terbaik dalam menekankan tanggungjawab dan peranan ketua agama terhadap masyarakat.
Ubah stigma negatif terhadap penagih dadah - Wan Azizah
Stigma negatif terhadap penagih dadah perlu diubah bagi membolehkan golongan itu tampil mendapatkan rawatan dan bantuan profesional untuk pulih daripada penagihan.
Dron "GAZA" buatan Iran jadi tumpuan di DSA
Replika dron buatan Iran, Shahed-149, mencuri tumpuan pengunjung di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024.
Pasaran getah ditutup tinggi, jejaki pasaran serantau
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi pada Selasa, disokong oleh aliran menaik dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Indonesia transformasi sektor teknologi, kurangkan pergantungan kepada pasaran luar
Joko Widodo sedang mendorong transformasi dalam sektor teknologi negara dalam mengubah statusnya daripada sebuah negara pengguna kepada pengeluar.
KPDN Selangor tahan dua warga asing disyaki terlibat sindiket seleweng diesel
KPDN Selangor menahan dua lelaki warga asing yang dipercayai terlibat sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan di sebuah premis di sekitar Klang pada 11.30 pagi semalam.
Niaga hadapan FBM KLCI dijangka terus catat momentum meningkat minggu depan
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengekalkan trajektori meningkat minggu depan.
Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar kepada RM5.1 bilion pada Januari
Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar pada Januari, apabila warga asing menjual bersih sekuriti hutang bernilai RM5.1 bilion.
Elak birokrasi, tumpu usaha tarik pelabur asing - Tengku Zafrul
Semua kementerian perlu memberi tumpuan terhadap usaha menarik pelaburan dari luar negara dengan mengurangkan birokrasi.
Inflasi Malaysia 2.4 peratus pada Jun, terendah bagi separuh pertama 2023
Inflasi Malaysia pada Jun 2023 mereda kepada 2.4 peratus, angka terendah bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Bursa Malaysia dibuka rendah susulan sentimen berhati-hati
Bursa Malaysia memulakan dagangan Isnin dengan lebih rendah berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.
Ringgit susut berikutan pengukuhan dolar AS
Ringgit meneruskan penurunannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal Isnin.
Elon Musk minta jumpa PM Anwar minggu depan
Bilionair Elon Musk menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu depan berhubung penambahan pelaburan di Malaysia.
Anwar umum duti setem dikurang kepada 0.10 peratus, tingkat daya saing pasaran saham
Kerajaan mengumumkan kadar duti setem bagi saham yang didagangkan di Sekuriti Bursa Malaysia dikurangkan daripada 0.15 peratus kepada 0.10 peratus daripada nilai kontrak.
AmInvestment semak turun unjuran pendapatan Malaysia Airports bagi FY23-FY24
Bagaimanapun, keuntungan bersih FY25 dikekalkan dengan menjangkakan peningkatan yang mampan dalam trafik penumpang MAHB.
Pelabur asing kembali ke Bursa Malaysia, beli RM11.5 juta ekuiti minggu lepas - MIDF
Bursa Malaysia menyaksikan kehadiran semula dana asing pada minggu lepas dengan pembelian bersih ke atas ekuiti tempatan bernilai RM11.5 juta.