awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli ekonomi saran regularisasi penyertaan pekerja asing di bawah Ekonomi Madani

Bernama
Bernama
16/08/2023
10:12 MYT
Ahli ekonomi saran regularisasi penyertaan pekerja asing di bawah Ekonomi Madani
Jomo Kwame Sundaram berkata, Malaysia pada masa ini tidak memasukkan pekerja asing tanpa dokumen dalam pendapatan per kapitanya. - Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Ahli ekonomi Prof Jomo Kwame Sundaram menyarankan regularisasi atau pelarasan semula tenaga kerja asing untuk mengiktiraf penglibatan pekerja asing tanpa dokumen dalam sektor tenaga kerja negara di bawah Ekonomi Madani.
Beliau berkata, Malaysia pada masa ini tidak memasukkan pekerja asing tanpa dokumen dalam pendapatan per kapitanya.
"Antara ciri Ekonomi MAdani yang menarik adalah komitmen untuk meningkatkan bahagian pendapatan buruh. Bahagian pendapatan buruh di Malaysia sebenarnya sangat rendah iaitu pada 40 peratus, dan terdapat jaminan untuk meningkatkannya kepada 45 peratus. Pada pandangan saya, angka ini tidak berasaskan pertimbangan yang tertentu.
"Meningkatkan bahagian buruh dalam pendapatan negara agak penting kerana kita mempunyai kesulitan di Malaysia dengan mengatakan tiada sumbangan daripada buruh tanpa dokumen," katanya pada siri wacana anjuran INCEIF University di sini hari ini.
Jomo ialah penceramah dalam sesi panel bertajuk "Menggiatkan Semula Ekonomi Malaysia: Kenapa, Bagaimana dan Siapa?."
Beliau berkata tenaga buruh asing secara kolektifnya dianggarkan berjumlah 6.7 juta pada sedekad lepas berbanding anggaran tenaga buruh sekitar 15 juta.
"Seandainya buruh asing yang mempunyai dokumen berjumlah 2.2 juta, dan 2.2 juta ini ditolak daripada 6.7 juta, ini bererti terdapat 4.5 juta pekerja asing tanpa dokumen iaitu hampir satu perempat daripada tenaga kerja negara, dan anda mengatakan mereka tiada?
"Oleh itu, pada dasarnya, kita sebenarnya membuat anggaran yang berlebihan bagi pendapatan per kapita, dan kita membuat jangkaan berlebihan bagi produktiviti kerana kita tidak mempunyainya dalam denominator," kata Jomo.
Pada Oktober 2022, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, sehingga Jun 2022, Jabatan Perangkaan Malaysia merekodkan 2.1 juta warga asing yang bekerja dalam pelbagai sektor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ekonomi
#Jomo Kwame Sundaram
#tenaga kerja asing
#ekonomi madani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan