[TERKINI] Polis Kenal Pasti Peserta Program Motivasi Rumah Tangga eHati – Amaran Tangkapan Jika Enggan Bekerjasama – Ikuti Perkembangan Di Sini
NATIONAL

Ahli kumpulan silat mula berhimpun di Masjid Wilayah Persekutuan

Fauzi Zin 08/12/2018 | 02:23 MYT
Sebahagian daripada ahli kumpulan silat yang berkumpul di pekarangan Masjid Wilayah Persekutuan. - Astro AWANI/Fauzi Zin
Kira-kira 300 orang yang dipercayai sebahagian ahli gabungan Pertubuhan Silat SeMalaysia berkumpul di pekarangan Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta sejak pagi tadi.

Difahamkan, mereka akan mula berarak dari Masjid Wilayah Persekutuan dan menuju ke pintu 3 Istana Negara pada jam 10.30 pagi bagi menyerahkan memorandum sempena himpunan kesyukuran atas keputusan kerajaan menolak ratifikasi ICERD.

Sementara itu, kawalan keselamatan di luar perkarangan Istana Negara dipertingkat dengan jumlah pertambahan kehadiran anggota keselamatan.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Terdahulu, seramai 138 anggota dan pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Brickfields dan 25 anggota dan pegawai polis trafik dari Balai Polis Trafik Jalan Bandar, mula melakukan kawalan keselamatan sejak jam 8 pagi.

Mereka dikerahkan ke lokasi untuk mengawal keselamatan dan memastikan perjalanan himpunan itu terus aman.

BACA: Penyerahan memorandum di Istana Negara, polis sedia pastikan keamanan
#Himpunan 812 #ICERD #Istana Negara #memorandum #perhimpunan #silat