MELAKA: Ahli majlis yang dilantik pihak berkuasa tempatan (PBT) digesa agar aktif melakukan pemantauan dan kerja gotong-royong dalam komuniti mereka dalam usaha mengawal penularan wabak denggi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang Datuk Lim Bang Hong berkata hal ini penting memandangkan kadar kes denggi di Melaka pada tahun ini meningkat kepada 381 kes setakat 23 Mei lepas.
"Jumlah ini menunjukkan peningkatan kes sebanyak 112.85 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
"Justeru semua pihak termasuk Ahli Majlis, PBT malah komuniti sendiri perlu turun padang untuk kembalikan aktiviti gotong-royong bagi membersihkan kawasan berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Kempen Kebersihan Persekitaran dan Gotong-Royong Cegah Denggi di Bukit Rambai di sini.
Sementara itu, Lim berkata antara usaha lain yang dilakukan pihaknya ialah menubuhkan jawatankuasa teknikal yang diselaraskan bersama syarikat konsesi pembersihan, PBT dan juga Ahli Majlis.
"Ini berikutan Klebang adalah antara kawasan tumpuan pelancong dan aktiviti pembersihan secara sistematik dan mengikut jadual dapat membantu melancarkan lagi program yang melibatkan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024.
"Kita percaya masalah sampah ini memerlukan koordinasi dan komunikasi yang baik melibatkan agensi dipertanggungjawabkan.
"Sebab itu saya wujudkan satu jawatankuasa teknikal yang melibatkan kontraktor mengutip sampah dengan JPKK bagi mengetahui lokasi yang mungkin terlepas pandang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 27 2023

Kadar kes denggi di Melaka pada tahun ini meningkat kepada 381 kes setakat 23 Mei lepas. - Gambar hiasan

Tentera Israel bunuh 2 rakyat Palestin dalam serbuan di Tebing Barat
Tentera Israel membunuh dua rakyat Palestin dalam serbuan di Kem Pelarian Nur Shams di Tebing Barat yang diduduki pada Ahad.

Anak bekas menteri layak terima biasiswa, pemilihan ikut dasar, SOP - MAIWP
Anak kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri layak menerima Biasiswa Insentif Khas Pelajar Cemerlang Luar Negara (Jordan) MAIWP.
Radi Jidin nafi video kaitkan tuduhan projek runding terus dan isteri kerabat diraja
Ahli Parlimen Putraja, Datuk Mohd Radzi Jidin menafikan isteri beliau merupakan seorang kerabat diraja dan menegaskan tidak terlibat dalam projek rundingan terus bernilai RM 80 juta seperri yang tular di media sosial.

PRK Pelangai: Pemuda UMNO nafi protes calon BN
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menafikan berlaku protes terhadap pemilihan Datuk Amizar Abu Adam sebagai calon BN bagi PRK Pelangai.

Semua tabika KEMAS bakal dilengkapi kemudahan internet - Rubiah
KEMAS jalin kerjasama strategik dengan Telekom Malaysia bagi menyediakan kemudahan internet di semua tabika KEMAS.
Sesi pembelajaran SK Permatang Tok Kandu tetap diteruskan
Fadhlina berkata sesi pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Kandu di Permatang Pauh, Pulau Pinang tetap diteruskan walaupun lima bilik kelas musnah dalam satu insiden kebakaran pada Sabtu.
PBB akan keluar syor pengunaan AI
Pendekatan PBB adalah untuk mempromosikan AI, yang bermanfaat kepada semua orang dan tidak mendatangkan kemudaratan khususnya kepada negara miskin.
Amerika Syarikat berperang secara langsung dengan Rusia - Lavrov
Menteri Luar Rusia menyifatkan Amerika Syarikat berperang secara langsung dengan Rusia berikutan penyaluran bekalan senjata kepada Ukraine.
AWANI Ringkas: Radzi mahu penyebar fitnah mohon maaf
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

100 murid di Bahau disyaki keracunan makanan
Kira- kira 100 murid dari sebuah sekolah di Bahau, Jempol disyaki mengalami keracunan makanan selepas mengalami gejala cirit-birit dan muntah-muntah.

2,349 kes demam denggi, satu kematian direkodkan - KP Kesihatan
Jumlah kes demam denggi meningkat sebanyak 101 kes atau 4.3 peratus kepada 2,349 kes pada Minggu Epidemiologi ke-34 (ME34).

Denggi: UNICEF serah sokongan perubatan semasa kes melonjak di Bangladesh
UNICEF pada Ahad berkata ia sedang meningkatkan sokongannya kepada kerajaan Bangladesh untuk membendung wabak denggi.

Denggi di Bangladesh melepasi 100,000 kes, hampir 500 maut
Bangladesh menyaksikan wabak denggi paling teruk setakat bulan ini apabila merekodkan lebih 50,000 kes, dengan 234 kematian.

Denggi: Perak rekod 218.1 peratus peningkatan kes, satu kematian
Perak rekod peningkatan jumlah kumulatif kes demam denggi iaitu 2,005 kes sejak awal tahun ini berbanding 646 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

2,427 kes demam denggi dilapor pada ME30
Sebanyak 2,427 kes demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi 30 (ME30) iaitu bagi tempoh 23 hingga 29 Julai lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.

Bangladesh catat peningkatan tertinggi kes harian denggi dengan 2,959 kes
Sehingga 26 Ogos, 26,196 kes denggi dilaporkan selepas 43,854 orang dijangkiti penyakit itu pada Julai dan 364 kematian disahkan setakat ini.

Demam denggi masih di tahap lebih 2,000 kes bagi ME29
Sebanyak 2,258 kes demam denggi dengan dua kematian dicatatkan bagi Minggu Epidemiologi (ME) 29 iaitu dari 16 Julai hingga 22 Julai lepas.

Aedes: 3,665 kompaun dikeluarkan di Johor
Sebanyak 3,665 kompaun berjumlah RM1.82 juta telah dikeluarkan kepada pemilik premis di Johor sejak Januari hingga hari ini, kerana membiarkan premis mereka menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

2,421 kes demam denggi direkodkan pada ME 28
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata tiga kematian akibat komplikasi demam denggi juga direkodkan pada ME 28.

Rakyat perlu fokus tiga aspek jaga kebersihan, kesihatan - Pemangku Raja Perlis
Wabak denggi dan usaha mengatasi penyakit itu harus digembleng dan melibatkan semua peringkat agensi.