awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli mesyuarat enggan keluar dewan walau berdepan ancaman bom

Haider Yutim
Haider Yutim
19/09/2014
16:00 MYT
Ahli mesyuarat enggan keluar dewan walau berdepan ancaman bom
Mesyuarat agung luar biasa (EGM) diadakan di Wisma MCA.
Ahli Badan Peguam bertekad meneruskan mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada Jumaat, meskipun terdapat ancaman bom di bangunan Wisma MCA di mana mesyuarat itu berlangsung.
Malah, presiden Badan Peguam, Christopher Leong memaklumkan terdapat beberapa ahlinya yang menjerit bahawa mereka tidak akan keluar dewan sehingga usul menentang Akta Hasutan 1948 diluluskan.
"Pada permulaan EGM memang ada dakwaan terdapat bom dalam bangunan itu, dan polis pun turut hadir untuk membuat pengimbasan dan carian.
"Ahli-ahli telah dimaklumkan mengenai perkara ini dengan saya sebagai pengerusi mesyuarat, kami Badan Peguam mengambil keputusan untuk kekal di dalam dewan bagi meneruskan EGM kerana isu ini amat penting," katanya kepada Astro AWANI.
Ditanya sama ada mereka merasakan keputusan terhadap usul itu adalah lebih penting daripada keselamatan atau nyawa mereka, Christopher berkata adalah menjadi kewajipan Badan Peguam di bawah seksyen 42(1)(a) Akta Profesion Undang-Undang untuk bertindak tanpa rasa takut.
"Walaupun pada ketika itu kami cuba untuk mempercepatkan prosiding sebagai langkah berjaga-jaga," tambahnya.
Pada awal petang semalam, EGM Badan Peguam berhubung Akta Hasutan yang dihadiri kira-kira 1,000 orang peguam, telah terganggu dengan dakwaan ancaman bom.
Mesyuarat itu bagaimanapun diteruskan dengan pembentangan serta pembahasan usul termasuk proses pengundian oleh ahli badan itu.
Keputusan EGM tersebut telah meluluskan usul untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 serta mengadakan perarakan secara aman.
Topic Berkaitan
#ancaman
#badan peguam
#bom
#christopher leong
#EGM
#MCA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan