Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii Lee Wuen disahkan positif COVID-19 berdasarkan hasil keputusan ujian yang dibuat Jabatan Kesihatan di Hospital Umum Sarawak pada Isnin.
Menerusi laman Facebooknya beliau memberitahu ada berhubung dengan Ahli Parlimen Sarikei Wong Ling Biu yang turut disahkan positif beberapa minggu lalu walaupun tidak mempunyai simptom tersebut sejak 14 hari.
Kelvin kini dikuarantin di Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemantauan selanjutnya berdasarkan prosedur standard yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Dalam postingnya beliau turut menasihatkan orang ramai yang bersentuhan dengannya untuk tidak panik.
Namun perlu mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan penyebaran virus itu termasuk menjalani ujian jika diperlukan.
Rudi Affendi Khalik
Tue Mar 17 2020

Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii Lee Wuen disahkan positif COVID-19.

Penyanyi lagu Widuri, Bob Tutupoly, meninggal dunia pada usia 82 tahun
Difahamkan, Bob sejak kebelakangan ini kerap berdepan masalah kesihatan dan sering berulang alik ke hospital untuk menjalani rawatan.

Ibadah Korban | Permintaan lembu ‘gemuk’ berkurangan, harga tinggi
Permintaan lembu ‘gemuk’ bagi ibadah korban di kawasan luar bandar tahun ini didakwa berkurangan kerana harga yang tinggi. Penternak di Kampung Lepan Jaya, Gua Musang, Kelantan, Mohd Saiful Basri Mat Yaakob berkata orang ramai tidak berani membeli lembu bersaiz besar kerana harganya boleh mencecah RM12,000 hingga RM20,000 seekor.
![[TERKINI] Tragedi | Perkembangan banjir di Baling [TERKINI] Tragedi | Perkembangan banjir di Baling](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976599/thumbnails/4194786951657003269630_640x360.jpg)
[TERKINI] Tragedi | Perkembangan banjir di Baling
Perkembangan lanjut penemuan mayat ketiga kejadian kepala air di Kampung Iboi, Kupang, Baling bersama Wakil Astro AWANI Kedah, Abd Hadi Che Awang.

OPR | Dijangka meningkat ke paras 3.00-3.25% tahun ini
Kadar dasar semalaman (OPR) dijangka berada pada paras 3.00 hingga 3.25 peratus pada tahun ini. Unjuran itu dibuat Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad, Dr Afzanizam Abd Rashid yang mengatakan peningkatan OPR dilihat penting dalam mengimbangi peningkatan inflasi yang ketika ini berada pada paras 2.8 peratus.

Kerjasama komuniti kekalkan operasi KIB AADK
Walau sehebat mana inisiatif dan dasar yang kerajaan gariskan untuk kesejahteraan rakyat, ia tidak akan memberi apa-apa makna sekiranya kurang kerjasama daripada komuniti.

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi persidangan ACWW
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan merasmikan Persidangan ke-13 Persatuan Wanita Desa Sedunia bagi kawasan Asia Tenggara dan Timur Jauh di sini.

51 NGO desak kerajaan China hentikan penindasan terhadap etnik Uyghur
Setakat ini, dianggarkan 12 juta etnik Uyghur yang kebanyakannya Muslim tinggal di Wilayah Xinjiang.

PJD Link dapat kelulusan prinsip Jemaah Menteri, kelulusan dasar kerajaan Selangor - KKR
Cadangan projek berkenaan juga mendapat kelulusan dasar kerajaan Selangor pada 3 Sept 2020.

Banjir | Mayat wanita hamil dan ibu mentua ditemukan berpelukan
Mayat wanita hamil yang disahkan hilang susulan kejadian banjir dan kepala air di Kampung Iboi, Kupang, semalam, ditemukan dalam keadaan berpelukan dengan ibu mentuanya yang menghidap penyakit strok. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saadon memaklumkan mayat Nurul Anis Abu Hassan, 23 tahun dan Salmah Mat Akib, 53 tahun, ditemukan kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

APR-35 | Masyarakat antarabangsa perlu amal semangat ‘Keluarga Dunia’
Komuniti antarabangsa perlu melipatgandakan persediaan berdepan dengan ketidaktentuan serta bekerjasama ke arah masa hadapan yang lebih aman, progresif, inklusif dan makmur, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata ekonomi dan politik dunia kini berdepan dengan situasi pascapandemik yang kompleks, selain terdapatnya persaingan yang semakin sengit antara kuasa-kuasa besar dunia.

Ahli Parlimen Bandar Kuching positif Covid-19
Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii Lee Wuen disahkan positif COVID-19 berdasarkan hasil keputusan ujian yang dibuat Jabatan Kesihatan di Hospital Umum Sarawak pada Isnin.

Jabatan Veterinar Sarawak terima RM3 juta, beli vaksin rabies
Isu kelewatan peruntukan membeli bekalan vaksin kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak selesai apabila sejumlah RM3 juta disalurkan untuk tujuan tersebut.