awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli Parlimen disaran guna peruntukan bantu pertingkat jalur lebar di sekolah

Bernama
Bernama
27/01/2024
07:32 MYT
Ahli Parlimen disaran guna peruntukan bantu pertingkat jalur lebar di sekolah
Fahmi berkata beliau memperuntukkan kira-kira RM1 juta bagi menambah baik aspek jalur lebar dalam kawasan diwakilinya di Lembah Pantai pada tahun lepas. - Gambar fail/Bernama
MELAKA: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mencadangkan agar Ahli Parlimen yang menerima peruntukan daripada kerajaan Persekutuan untuk menggunakannya bagi membantu mempertingkat perkhidmatan jalur lebar di sekolah-sekolah dalam kawasan mereka.
Fahmi, yang juga jurucakap kerajaan berkata sebagai contoh, beliau memperuntukkan kira-kira RM1 juta bagi menambah baik aspek jalur lebar dalam kawasan diwakilinya di Lembah Pantai pada tahun lepas.
"(Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka) Datuk Fairul Nizam Roslan maklumkan ada masalah Internet di sekolah dan dalam ucapan tadi saya minta Ahli Parlimen mengerahkan peruntukan mereka yang telah masuk untuk bantu sekolah terutama sekolah menengah, pemasangan Internet khususnya akses bagi WiFi, menambah baik mutu Internet terutama bagi guru-guru.
"Ini satu perkara yang kita akan minta jasa baik Ahli Parlimen untuk bantu menerusi peruntukan mereka...kita mulakan di Melaka," katanya ketika ditemui pemberita pada Program Jiwa MADANI di Kampung Sungai Putat, Ayer Keroh di sini hari ini.
Turut dibuka beberapa reruai antaranya Pangkalan Data Utama (PADU), Jualan Rahmah dan pemeriksaan kesihatan percuma oleh pelbagai agensi termasuk di bawah Kementerian Komunikasi bagi membantu masyarakat setempat.
Program yang bermula kira-kira 8 pagi tadi dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 1,000 penduduk kampung sekitar serta dihadiri Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kerk Chee Yee dan Fairul Nizam.
Mengulas lanjut, Fahmi berkata penambahbaikan perkhidmatan jalur lebar di sekolah tidak memerlukan kos yang tinggi iaitu antara RM30,000 hingga RM50,000 bergantung kepada susun atur bangunan di setiap sekolah.
"Kalau kita tunggu turun peruntukan (daripada Kementerian Pendidikan) ia akan makan masa, jadi saya nampak untuk setiap Ahli Parlimen mungkin mereka boleh menetapkan kawasan yang paling memerlukan, contohnya ada jumlah pelajar B40 yang tinggi, jadi kita utamakan kawasan seperti ini.
"Saya ada berbincang dengan Menteri Pendidikan (Fadhlina Sidek) dan beliau ada meminta bantuan, jadi ini satu daripada cara untuk kita selesaikan masalah jalur lebar di sekolah-sekolah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#perkhidmatan jalur lebar
#ahli Parlimen
#peruntukan
#internet di sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan