awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Mangsa ragut warga emas cedera selepas diseret 10 meter di Ketereh
Bekas Ketua Perisikan, pegawai kanan ATM antara didakwa kes rasuah esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli Parlimen Indonesia, Arkadius Mungpin meninggal dunia akibat kemalangan di Kuching

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
16/04/2023
23:15 MYT
Ahli Parlimen Indonesia, Arkadius Mungpin meninggal dunia akibat kemalangan di Kuching
Mayat mangsa telah dihantar ke kampung halaman di Sanggau, Kalimantan Barat, Indonesia.
KUCHING: Ahli Parlimen Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Sanggau, Kalimantan Barat (Kalbar) Indonesia, Arkadius Mungpin, 44, terkorban dalam kemalangan di Jalan Rock di sini pada Sabtu.
Memetik laporan Tribune Sanggau pada Sabtu, 15 April lalu, Ketua Parti Golongan Karya (GOLKAR) Fransiskus Ason memberitahu mangsa sebelum itu dikatakan datang ke Kuching bagi mendapatkan rawatan kesihatan.
“Maklumat yang saya terima, kemalangan itu berlaku ketika beliau sedang melintas jalan untuk bersarapan, dan memang tujuannya ke Kuching untuk melakukan rawatan di sana,” jelas laporan tersebut.
Sementara Konsul Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Kuching, Raden Sigit Witjaksono dalam kenyataannya pada Ahad berkata mayat mangsa telah dihantar ke kampung halaman di Sanggau, Kalbar, Indonesia.
“Proses penghantaran mayat telah diuruskan dengan kerjasama pihak Hospital Umum Sarawak menerusi sempadan Pos Lintas Batas Negeri (PLBN) Tebedu-Entikong.
“Penyerahan jenazah mangsa disaksikan okeh Setiausaha DPRD Sanggau, Pemerintah Kabupaten Sanggau, dan Pasukan Penghantaran Pulang Warga Negara Indonesia (WNI) PLBN Entikong serta beberapa ahli DPRD Sanggau,” ujarnya.
Arkadius Mungpin merupakan wakil rakyat DPRD Sanggau daripada parti GOLKAR untuk tempoh sepenggal bermula tahun 2019 sehingga tahun 2024.
Topic Berkaitan
#ahli Parlimen
#DPRD
#Arkadius Mungpin
#Nahas
#Golkar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan