awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng diperintah bayar ganti rugi RM2 juta kerana memfitnah

Astro Awani
Astro Awani
16/03/2023
04:08 MYT
Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng diperintah bayar ganti rugi RM2 juta kerana memfitnah
Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Akhtar Tahir selepas mendapati Lip Eng (gambar) bertanggungjawab memfitnah Lai dan MonSpace secara libel (bertulis) yang bertindak selaku plaintif pertama dan kedua. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng diperintahkan Mahkamah Tinggi hari ini untuk membayar ganti rugi kesemuanya berjumlah RM2 juta kepada sebuah firma e-dagang MonSpace (M) Sdn Bhd dan pengasasnya Datuk Seri Jessy Lai.
Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Akhtar Tahir selepas mendapati Lip Eng bertanggungjawab memfitnah Lai dan MonSpace secara libel (bertulis) yang bertindak selaku plaintif pertama dan kedua.
Lai dan MonSpace memfailkan saman terhadap Lip Eng (defendan) pada Jun 2019, kerana mendakwa defendan mengeluarkan kenyataan memfitnah yang diterbitkan dalam akhbar berbahasa Inggeris dan Cina bahawa mereka menjalankan perniagaan haram dan menipu pelabur dari negara China.
Lai berkata, Lip Eng telah membuat kenyataan itu pada Mei 2017 dan November 2018 apabila beliau membawa sekumpulan individu, yang dikatakan pelabur MonSpace, ke pejabat Lai dan kemudiannya membuat laporan polis terhadapnya.
Beliau turut mendakwa kenyataan itu memberi tekanan kepada pihak berkuasa, termasuk polis, Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), untuk mengambil tindakan terhadapnya.
Dalam penghakimannya hari ini, Akhtar memerintahkan Lip Eng membayar ganti rugi sebanyak RM500,000 kepada Lai dan RM1 juta kepada MonSpace serta ganti rugi berjumlah RM500,000 kepada kedua-dua plaintif.
Hakim juga memerintahkan Lip Eng mengemukan permohonan maaf secara terbuka kepada kedua-dua plaintif dalam akhbar vernakular dan media sosial dalam tempoh tujuh hari selepas penghakiman.
Dalam penghakiman ringkasnya melalui prosiding secara dalam talian, Akhtar berkata, mahkamah mendapati Lai dan MonSpace berjaya membuktikan tuntutan mereka terhadap Lip Eng dan berhak untuk mendapatkan permohonan maaf serta ganti rugi.
Hakim itu berkata, Lip Eng tidak menafikan membuat kenyataan itu yang secara jelas ditujukan kepada kedua-dua defendan dan membayangkan mereka melakukan aktiviti haram dan menipu pelabur China.
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng
#bayar ganti rugi
#firma e-dagang MonSpace M Sdn Bhd
#Jessie Lai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan