awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Mengapa virus HIV sukar dihapuskan?
Bad Cop: Permulaan era drama Malaysia yang lebih berani - “Kita sentiasa berusaha memperkenalkan…”
Ketibaan penumpang di KL Sentral disambut meriah dengan tarian kebudayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli Parlimen perlu jalani saringan COVID-19 setiap 2 minggu - Speaker

Firdaus Azil
Firdaus Azil
04/11/2020
02:36 MYT
Ahli Parlimen perlu jalani saringan COVID-19 setiap 2 minggu - Speaker
Azhar berkata Ahli-Ahli Parlimen dan para petugas perlu menjalani saringan ujian COVID-19 setiap dua minggu. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:Dewan Rakyat telah mengambil beberapa ketetapan baharu bagi memastikan persidangan berjalan dengan selamat, selari dengan pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kata Yang Di-Pertuanya Datuk Azhar Azizan Harun.
Dalam satu kenyataan permasyhuran hari ini, beliau berkata langkah-langkah pencegahan itu diambil susulan peningkatan kes penularan wabak COVID-19 yang melanda negara ketika ini.
Beliau berkata antara saranan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ialah tiada lagi majlis jamuan atau bermesyuarat di dalam kelompok yang besar dalam kalangan Ahli-ahli Parlimen sama ada di premis Parlimen atau luar Parlimen.
“Sekiranya Ahli-ahli Yang Berhormat perlu bermesyuarat atau berkumpul secara fizikal, Ahli-ahli Yang Berhormat dipohon mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan KKM.
“Ahli-Ahli Parlimen dinasihatkan supaya mengehadkan pergerakan masing-masing semasa di luar premis Parlimen sepanjang tempoh bersidang serta mengelakkan bergaul atau menghadiri majlis keramaian atau tempat yang sesak,” katanya lagi.
Selain itu, Azhar berkata Ahli-Ahli Parlimen dan para petugas perlu menjalani saringan ujian COVID-19 setiap dua minggu.
Untuk tujuan itu, beliau berkata pentadbiran Parlimen akan mengeluarkan notis pemberitahuan dari semasa ke semasa.
“Sekiranya ada kes positif di kompleks Parlimen, KKM akan membuat penilaian terhadap SOP yang sewajarnya.
“Perlu diingatkan apa-apa jangkitan di Parlimen mungkin akan menyebabkan Bangunan Parlimen ditutup sekiranya didapati perlu berbuat demikian,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Azhar Azizan Harun
#Speaker
#SOP
#ahli Parlimen
#Dr Noor Hisham Abdullah
#kesihatan
#Kementerian Kesihatan
#Majlis Keselamatan Negara
#COVID-19
#kes positif
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan