Penghargaan terhadap petugas barisan hadapan yang tanpa lelah memerangi COVID-19 menjadi antara tumpuan perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Tidak kira ahli parlimen kerajaan mahupun di blok pembangkang, mereka yang mengambil bahagian dalam perbahasan merakamkan ucapan terima kasih kepada "wira-wira negara" yang berusaha membendung penularan wabak itu sehingga Malaysia diiktiraf antara lima negara terbaik dunia berjaya mengawal pandemik berkenaan.
Membuka perbahasannya dengan mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan hari khas bagi meraikan petugas barisan hadapan, Mohamed Hanipa Maidin (PH-Sepang) berkata langkah itu adalah bagi mengabadikan segala pengorbanan yang telah dicurahkan mereka yang terlibat.
"Sudah tiba masanya kita mengabadikan pengorbanan mereka (petugas barisan hadapan) dengan pengabadian yang kekal seperti 'Hari Frontliners' atau apa-apa sahaja seperti Dataran Frontliners untuk menghargai mereka yang berkorban nyawa untuk keselamatan kita semua," katanya.
Datuk Seri Najib Tun Razak (BN-Pekan) pula berkata kerajaan Perikatan Nasional mengambil alih pemerintahan pada masa yang tepat serta melaksanakan usaha tegas yang tiada kompromi bagi membendung wabak itu.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Perikatan Nasional dan petugas barisan hadapan yang mengawal COVID-19 sehingga menjadikan Malaysia antara segelintir negara di dunia yang berjaya mengawal penyakit itu," katanya.
Bekas perdana menteri itu berkata berbanding ketika zaman pentadbiran Pakatan Harapan (PH), kerajaan Perikatan Nasional dilihat lebih fokus untuk menghentikan penularan COVID-19.
Beliau turut meminta kerajaan bertindak tegas mengawal kes import, sama ada rakyat Malaysia yang pulang ke tanah air mahupun dalam kalangan pelawat asing, memandangkan kes sedemikian antara punca beberapa negara terpaksa melaksanakan semula perintah berkurung walaupun pada mulanya percaya telah dapat mengawal wabak itu.
Datuk Azizah Mohd Dun (Bersatu-Beaufort) yang senada dengan Najib, memuji usaha dan kebijaksanaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menangani penyakit berserta sokongan barisan kabinet dan pegawai kerajaan serta rakyat yang bekerjasama mematuhi arahan kerajaan.
"Terima kasih dan penghargaan kepada Ketua Pengarah Kesihatan (Datuk Dr Noor Hisham Abdullah), barisan hadapan, doktor, jururawat, petugas hospital, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat yang memastikan apa yang dihadapi negara ditangani bersama, meskipun kerajaan Perikatan Nasional baru sahaja mengambil alih pemerintahan," katanya.
Sesi perbahasan hari ini turut menyentuh isu pendidikan negara dan mendapat perhatian ahli-ahli Dewan Rakyat seperti Steven Sim Chee Keong (PH-Bukit Mertajam) dan Azizah yang membangkitkan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).
Dalam perbahasannya, Sim mencadangkan kerajaan melaksanakan peralihan drastik pendidikan TVET bersesuaian dengan pasaran pekerjaan yang mengutamakan kepentingan Revolusi Industri (IR) 4.0. kerana pendekatan TVET tidak boleh terhad kepada aliran teknik sahaja.
Azizah pula mencadangkan graduan TVET diberi peluang pekerjaan, terutamanya graduan daripada keluarga B40 bagi membantu mereka keluar daripada kepompong kemiskinan.
Turut menjadi tumpuan cadangan Datuk Johari Abdul (PH-Sungai Petani) mengenai Program Latihan Khidmat Negara diperkenalkan semula dengan penambahbaikan melalui penglibatan tentera dan tempoh lebih panjang sehingga setahun bagi melahirkan generasi masa depan yang lebih berani dan berdisiplin.
"Saya lihat negara-negara lain (contohnya) dalam masa 40 tahun sahaja China keluar daripada kepompong kemiskinan. Kita tengok bekas-bekas tentera kita selepas tamat berkhidmat, tetapi gaya, cara mereka membawa diri, cara bertindak dan berfikir berbeza. Akhirnya bukan sahaja dia dan keluarga sahaja berjaya malah dia boleh membangunkan negara," katanya.
Persidangan Dewan Rakyat bersambung Isnin.
Bernama
Thu Jul 16 2020
Mereka yang mengambil bahagian dalam perbahasan merakamkan ucapan terima kasih kepada "wira-wira negara". - Gambar fail/BERNAMA
Piala Thomas: 'Kemenangan ke atas Hong Kong lonjak keyakinan' - Jun Hao
Kem perseorangan negara Piala Thomas 2024 berjaya membuktikan kemampuan mereka, sekurang-kurangnya selepas mengetepikan pemain Hong Kong dalam aksi pembukaan Kumpulan D hari ini.
Dua cedera ambulans jatuh gaung
Dua individu cedera apabila sebuah ambulans terbabas dan jatuh ke dalam gaung setinggi enam meter di Simpang Tiga Sungai Lui Jalan Sungai Lalang.
Konsulat Malaysia rancang program PKS di Pontianak
Program itu termasuk pameran, seminar dan dialog dijangka akan diadakan pada bulan Julai atau Ogos tahun ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak dinasihat elak provokasi, 3R - Saifuddin Nasution
Semua pihak diingatkan agar tidak menimbulkan sebarang unsur provokasi termasuk memainkan isu 3R sepanjang PKR Kuala Kubu Baharu.
AWANI Ringkas: DAP sukar raih undi Melayu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak diingat tidak sentuh 3R - Fahmi
Semua pihak diingatkan untuk berhati-hati dan tidak memainkan isu kaum, agama dan institusi raja (3R), terutama di platform media sosial, sepanjang tempoh berkempen PRK KKB.
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Punca DAP pertaruh calon Cina'
Sukar untuk meraih undi Melayu didakwa menjadi punca DAP mengekalkan strategi dengan mempertandingkan calon berbangsa Cina pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Pemandu peribadi ditahan belasah individu hingga pengsan
Seorang lelaki dibelasah sehingga tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, Ampang Jaya pada Jumaat.
Polis cari tiga individu simbah cat merah di restoran nasi kandar
Polis sedang mengesan tiga individu yang terlibat perbuatan khianat dengan melemparkan cat merah di sebuah restoran nasi kandar di Taman Machang Bubok Khamis lalu.
SPRM lancar bilik gerakan 24 jam
SPRM melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
Pencemaran sungai Batang Benar: NS tunggu laporan terperinci
Kerajaan Negeri Sembilan sedang menunggu laporan terperinci daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, berhubung pencemaran sungai di Batang Benar, Nilai.
Peningkatan usahawan wanita bukti kematangan kendali perniagaan
Peningkatan pembabitan wanita dalam bidang keusahawanan menunjukkan kematangan mereka mengendalikan perniagaan.
PRN Sabah: Srikandi Bersatu senarai 10 nama
Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyenaraikan 10 nama calon wanita daripada sayap itu untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Blok kerajaan, pembangkang senada sokong RUU Langkah Sementara Pembiayaan Kerajaan COVID-19
Ahli Parlimen blok kerajaan dan pembangkang hari ini senada dalam menyokong Rang Undang-undang Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) 2020.
Ahli Parlimen rakam penghargaan kepada petugas barisan hadapan
Penghargaan terhadap petugas barisan hadapan yang tanpa lelah memerangi COVID-19 menjadi antara tumpuan perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong.
Puteri kongsi gambar lama dipangku Agong sempena Hari Bapa
Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah Al-Sultan Abdullah mencoret ucapan ringkas tapi istimewa ini untuk ayahanda baginda.
COVID-19: MARA umum RM6 juta insentif tambahan, bantu usahawan terjejas
Ia dijangka memanfaatkan 600 usahawan di bawah MARA.
PH tidak sempurna, namun tiada salah guna kuasa - Anwar
Anwar berkata, pemerintahan PH lebih terarah kepada cara memperbaiki serta menguruskan pentadbiran negara yang lebih bertanggungjawab.
Azizah Dun dilantik Pengerusi Mara baharu
Watikah pelantikan disampaikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad dilakukan secara dalam talian, pada Jumaat.
Kesemua 31 menteri Kabinet angkat sumpah jawatan di hadapan Agong
Kesemua 31 menteri kabinet hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Melawati hari ini.