KUALA LUMPUR:Menjelang persidangan Dewan Rakyat 2 Nov ini, beberapa Ahli Parlimen dari Sabah mula menjalani kuarantin di ibu negara sejak semalam bagi membolehkan mereka menghadiri mesyuarat ketiga penggal ketiga Parlimen ke-14 yang dijadual berlangsung sehingga 15 Dis.
Mereka perlu menjalani ujian COVID-19 sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur (KLIA), dipakaikan gelang pengawasan dan seterusnya menjalani kuarantin 14 hari, sepertimana ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).
Beberapa Ahli Parlimen yang dihubungi Bernama menyatakan ada yang sudah tiba di Kuala Lumpur sejak semalam, selain ada yang memilih untuk melakukan perjalanan esok, selaras arahan Setiausaha Dewan Rakyat yang meminta mereka untuk berada di ibu negara selewat-lewatnya, esok.
Ahli-ahli Parlimen dari Sabah itu boleh memilih untuk menjalani kuarantin di kediaman sendiri atau di hotel yang ditentukan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin berkata beliau tiba kira-kira 8 malam semalam di KLIA, dan diminta mengisi borang berkaitan sebelum menjalani ujian swab.
"Memandangkan saya memilih untuk kuarantin di hotel yang disediakan NADMA, semua urusan pengangkutan diuruskan oleh mereka malah bagasi kami juga disanitasi sebelum dibawa masuk ke dalam kenderaan," katanya yang memuji kelancaran urusan itu.
Ahli Parlimen Kota Belud Isnaraissah Munirah Majilis yang menaiki penerbangan sama dengan Chan, pula berkata beliau juga memilih untuk kuarantin di hotel disediakan NADMA dan akan menjalani kuarantin sehingga 28 Okt.
"Saya akan berada di Kuala Lumpur dalam tempoh yang lama bagi menghadiri persidangan ini disebabkan sekiranya saya mahu balik ke Sabah, saya perlu menjalani proses yang sama (dikenakan ujian swab dan dikuarantin semula) sebelum saya boleh ke Dewan Rakyat semula.
"Kita jalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab untuk dikuarantin. Bagi kita, dapat hadir ke persidangan Dewan Rakyat yang antara lain bakal membentangkan Belanjawan 2021, satu agenda penting untuk negara," katanya.
Sementara itu Ahli Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun berkata beliau akan mengambil penerbangan malam esok dari Kota Kinabalu dan memilih untuk menjalani kuarantin di kediaman sendiri.
"Apa-apa pun kita akan tetap mematuhi segala SOP (prosedur operasi standard) yang telah ditetapkan oleh MKN (Majlis Keselamatan Negara) dan KKM bagi memastikan kelancaran urusan perjalanan sidang Dewan Rakyat kali ini," katanya.
Setiausaha Dewan Rakyat Nizam Mydin Bacha Mydin dalam surat bertarikh 9 Okt yang dikongsikan Chan sebelum ini, menyebut bahawa Ahli Parlimen juga perlu menjalani ujian COVID-19 di kemudahan kesihatan kerajaan atau swasta, pada hari ke-13.
Mereka kemudiannya perlu membawa keputusan ke pejabat kesihatan daerah (PKD), sehari kemudian untuk mendapatkan surat pelepasan kuarantin dan pemotongan gelang pengawasan, jika disahkan negatif COVID-19.
Ahli Parlimen terbabit akan dirujuk ke hospital bagi rawatan lanjut, jika didapati positif COVID-19, selain perlu mengulangi prosedur sama jika pulang ke Sabah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 16 2020

Beberapa Ahli Parlimen dari Sabah mula menjalani kuarantin di ibu negara sejak semalam bagi membolehkan mereka menghadiri mesyuarat ketiga penggal ketiga Parlimen ke-14 yang dijadual berlangsung sehingga 15 Dis.

COVID-19 | Ahli politik digesa bina pusat digital di rumah
Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan menggesa semua ahli politik termasuk ahli Parlimen supaya membina pusat digital di rumah maisng-masing serta mengadakan sidang akhbar secara dalam talian bagi mengurangkan interaksi bersemuka.

Pesakit COVID-19 | Tiga hospital di Kedah dibuka
Kerajaan negeri Kedah menerusi Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) menjadikan tiga hospital di negeri itu sebagai pusat rawatan bagi menempatkan pesakit positif COVID-19 dalam menampung pertambahan jumlah pesakit yang ditempatkan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar ketika ini.

Tindakan gantung Parlimen untuk halang suara rakyat dibahaskan - Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim tegaskan penggantungan sidang Parlimen susulan pengisytiharan darurat adalah cubaan menghalang suara rakyat dibahaskan.

Calon SPM positif COVID-19, pelajar MRSM Lipis dikuarantin
Kumpulan pelajar MRSM Lipis yang bakal mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bulan depan dikuarantin sejak semalam selepas seorang calon didapati positif COVID-19.

Proklamasi Darurat mampu pulih ekonomi adalah kenyataan bercanggah, mengelirukan - Anwar
Anwar berkata, tindakan itu bukan sahaja bercanggah, bahkan turut mengelirukan rakyat.

COVID-19: 203 positif di Sarawak, kes tertinggi setakat ini
dengan 203 kes positif COVID-19 di Sarawak hari ini, kes keseluruhan di negeri itu kini berjumlah 2,570 kes.

Minyak masak 1 kilogram dihadkan tiga unit setiap pelanggan - KPDNHEP
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengenakan peraturan itu berkuatkuasa 19 Januari lalu.

Penyataan mengenai Keperluan Rizab Berkanun
Fleksibiliti ini yang telah diumumkan pada 5 Mei 2020 kini terpakai sehingga 31 Mei 2021.

Tiga lagi hospital di Kedah dijadikan pusat rawatan COVID-19 - Exco
Hospital yang terlibat adalah Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, Hospital Kuala Nerang dan Hospital Kulim.

Anwar dakwa majoriti ahli Parlimen sudah utus surat rayu Agong batal darurat
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa majoriti ahli Parlimen sudah mengutus warkah kepada Yang di-Pertuan Agong bagi meminta perkenan baginda menggugurkan pengisytiharan darurat.

Ahli Parlimen Sabah mula jalani kuarantin di KL sebelum sidang Dewan Rakyat
Menjelang persidangan Dewan Rakyat 2 Nov ini, beberapa Ahli Parlimen dari Sabah mula menjalani kuarantin di ibu negara sejak semalam bagi membolehkan mereka menghadiri mesyuarat ketiga penggal ketiga