KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini membebaskan seorang ahli perniagaan daripada pertuduhan menerima wang deposit hampir RM1 juta tanpa lesen sah daripada seorang pakar perunding kardiologi.
Hakim Datin Sabariah Othman membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap T. Harikumar, 44.
Dalam penghakimannya, Sabariah berkata mahkamah berpuas hati bahawa wujud keterangan berdokumen yang jelas menyokong pembelaan iaitu wang tersebut adalah bertujuan untuk mengembangkan perniagaan Harikumar.
"Pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen pertuduhan di bawah Seksyen 137(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 terhadap tertuduh. Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa dipanggil membela diri," katanya.
Kes itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Lim Chooi Yi manakala Harikumar diwakili peguam Datuk K. Kumaraendran, Datuk C. Vignesh Kumar, Daniel Annamalai dan Yaw Xinying.
Seramai lima saksi pendakwaan memberi keterangan pada perbicaraan yang berlangsung selama empat hari bermula 18 Ogos lepas.
Harikumar, yang juga pemberi pinjam wang, didakwa menerima wang deposit berjumlah RM999,500 daripada Dr Peter Jebaseelan Jesudason tanpa memiliki lesen sah yang diberikan di bawah Seksyen 10 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Abdullah, Bangsar di sini antara 1 Ogos 2018 dan 26 Feb 2019 mengikut Seksyen 137(1) Akta Perkhidmatan Kewangan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 137(2) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM50 juta atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 09 2022
Hakim Datin Sabariah Othman membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap T. Harikumar, 44. - Gambar hiasan
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
[TERKINI] Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Mengulas penangguhan sekali lagi misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza , Profesor Hubungan Antarabangsa Di Fakulti Undang-Undang Dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Prof Dr Mohd Afandi Salleh berpandangan, proses pendaftaran baharu bagi sesebuah kapal di negara lain mungkin akan memakan lebih banyak masa.
[TERKINI] Penangguhan pelayaran, taktik Israel gagalakan misi - FCC
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalitin (FFC), Dr Fauziah Hasan sifatkan penangguhan misi menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk terjejas di Gaza merupakan satu taktik biasa yang dilakukan rejim Israel.
[TERKINI] Pelayaran ditangguh lagi, Israel didakwa wujudkan kekacauan
Misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
Lelaki didakwa terima deposit tanpa lesen lebih RM100,000
Seorang lelaki didakwa menerima deposit tanpa lesen berjumlah lebih RM100,000 dua tahun lepas.
Tiga termasuk suami isteri didakwa terima wang deposit tanpa lesen
Sepasang suami isteri dan seorang lagi individu mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan menerima deposit tanpa lesen hampir RM50,000.
Wanita mengaku tidak bersalah terima deposit tanpa lesen
Nurshafeza Jamaludin, 36, didakwa menerima wang itu daripada seorang wanita, tanpa lesen yang sah sebagaimana diperuntukkan mengikut Seksyen 10 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.
Ahli perniagaan bebas pertuduhan terima deposit hampir RM1 juta tanpa lesen sah
Mahkamah Sesyen membebaskan seorang ahli perniagaan daripada pertuduhan menerima wang deposit hampir RM1 juta tanpa lesen sah daripada seorang pakar perunding kardiologi.