JOHOR BAHRU: Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mempamerkan darjah kebesaran Sultan Perak pada kenderaan, awal bulan lepas.
Mohamad Halmi Waramejini, 55, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga pengarah syarikat didakwa mempamerkan gelaran 'Darjah Seri Paduka Mahkota Perak-Dato Seri (S.P.M.P.)' pada kenderaan jenis Proton X70 tanpa kebenaran bertulis daripada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Caranday Park, Setia Tropika di sini pada 4 petang 4 Jun lepas mengikut Seksyen 17 Akta Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Anugerah 2017 dibaca bersama Seksyen 3(1)(d) Enakmen Lambang, Gelaran Dan Augerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Perak 2016 [Enakmen 12] dan boleh dihukum di bawah Seksyen 3(3) enakmen sama.
Jika sabit kesalahan, Mohamad Halmi berdepan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM500,000 atau kedua-duanya.
Terdahulu, Pengarah Pendakwaan Negeri Johor Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman menawarkan jaminan RM20,000 namun tertuduh, yang tidak diwakili peguam, merayu agar jumlah itu dikurangkan atas alasan menanggung dua anak yang masih bersekolah dan pendapatannya terjejas akibat pandemik COVID-19.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Sept untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 12 2021
Jika sabit kesalahan, Mohamad Halmi berdepan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM500,000 atau kedua-duanya. - Gambar/ Bernama
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Sultan Perak berangkat ke Majlis Makan Malam Amal Kelab Bakti Gunung Keledang
Majlis bertujuan untuk mengumpul dana bagi melaksanakan aktiviti yang telah dirancang sepanjang tahun 2024 dan 2025.
Sultan Perak solat sunat Aidilfitri di Masjid Ubudiah
Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.
Sultan Perak berkenan isytihar pemasyhuran Lenggong Geopark dan perasmian Galeri Lenggong Geopark
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke majlis pemasyhuran Lenggong Geopark dan perasmian Galeri Lenggong Geopark.
Sultan Nazrin berangkat ke majlis penutup Tilawah al-Quran Perak
Qari Dr Anuar Hasin yang pernah muncul sebagai johan sebanyak tujuh kali sebelum ini, sekali lagi dinobat johan tahun ini.
Prestasi kewangan selepas SC ditubuhkan amat membanggakan - Sultan Perak
Pencapaian skor 92 peratus dalam penilaian sektor kewangan komprehensif oleh MF dan Bank Dunia adalah pencapaian membanggakan untuk Malaysia.
Sultan Perak berkenan terima zakat perniagaan lebih RM2.5 juta
Sultan Perak berkenan menerima zakat perniagaan daripada enam syarikat korporat berjumlah RM2,537,234.15 bagi pihak MAIPk di Istana Kinta.
Jangan gah bangunan mencakar langit, tapi rakyat ikat perut, tidur berbumbung langit - Sultan Perak
Sultan Perak bertitah, selagi ada rakyat yang miskin, usaha membasmi kemiskinan wajib diteruskan.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 peringkat negeri di Dataran Warisan Taiping di sini hari ini.
Sultan Nazrin berkenan rasmi Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi HRPB
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat merasmikan Kompleks Wanita, Kanak-kanak dan Kardiologi (KWKK) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
Sultan Nazrin mahu MAIPk jadi badan bertindak hijrah pemikiran, budaya ummah
Sultan Nazrin Shah mahu peranan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) tidak hanya terbatas sebagai badan yang berorientasikan isu.