awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu bapa dibenar urus akaun media sosial anak bawah 16 tahun - Fahmi
Wabak tibi di Pulau Pinang terkawal, tiada kluster dilaporkan - Exco
Sebuah kilang perabot terbakar, asap tebal selubungi kawasan Petaling Jaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli perniagaan Malaysia dalam buruan mungkin dihantar ke China hari ini

Bernama
Bernama
25/07/2022
22:30 MYT
Ahli perniagaan Malaysia dalam buruan mungkin dihantar ke China hari ini
Suspek merupakan individu yang disiasat oleh PDRM di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. - Foto fail/Sinar Harian
BANGKOK: Ahli perniagaan Malaysia Teow Wooi Huat masih berada di bawah tahanan pihak imigresen Thailand dan menunggu untuk dihantar ke China.
"Dia dijangka dihantar ke China tidak lama lagi," kata sumber polis kepada Bernama tanpa mahu menyatakan butiran bila Teow akan dihantar ke negara itu.
Bagaimanapun, media tempatan di Thailand melaporkan yang Teow akan dihantar ke China pada Selasa.
Jumaat lepas, Teow yang berada dalam senarai merah Interpol, dipanggil pihak polis untuk diberitahu yang visanya telah dibatalkan.
Dia kemudian diserahkan kepada polis imigresen di Songkhla dan kemudian dipindahkan ke Pejabat Imigresen Suan Plu di Bangkok.
Teow, 55, yang juga digelar Jho Low 2, merujuk kepada seorang lagi ahli perniagaan Malaysia yang sedang diburu Low Taek Jho yang dikaitkan dengan skandal 1MDB, telah melarikan diri ke Dannok di Sadao pada 2020.
Teow membina empayar perniagaan daripada skim pelaburan haram dalam talian yang memikat pelabur dari China, Thailand, Malaysia, Indonesia dan Macau.
Pada 2017, Teow ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia atas tuduhan dadah tetapi berjaya melarikan diri ke Thailand dan terlepas daripada hukuman gantung.
Pada 2019, pihak berkuasa Malaysia membekukan 91 akaun bank berjumlah RM177 juta yang dikaitkan dengan MBI Group International ketika itu. Bank Negara telah menyenaraikan syarikat itu sebagai syarikat yang menjalankan skim kewangan meragukan.
Dia juga dihendaki berhubung pelaburan wang haram berjumlah RM336 juta (AS$83 juta) di Macau.
Sementara itu, di KUALA LUMPUR, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan ahli perniagaan yang menjadi buruan Teow Wooi Huat kini ditahan pihak berkuasa Thailand.
BACA: Bukit Aman sah Teow ditahan di Thailand, akan dibawa pulang
Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata suspek merupakan individu yang disiasat oleh PDRM di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
"PDRM kini sedang dalam proses permohonan untuk penama dihantar pulang ke Malaysia bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan malam tadi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Teow Wooi Huat
#Imigresen
#China
#ditahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan