awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerjasama NGO, swasta model terbaik bina masyarakat berteraskan nilai - Ahmad Zahid
Indonesia tarik balik sekatan, Grok dibenar beroperasi semula selepas jaminan X
Seorang lagi ahli 'Geng Captain Praba' direman, 15 lagi dalam buruan - KPN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli politik disaran lakukan 'gencatan politik' sepanjang Ramadan - Syed Ali

Astro Awani
Astro Awani
06/04/2022
14:26 MYT
Ahli politik disaran lakukan 'gencatan politik' sepanjang Ramadan - Syed Ali
Syed Ali berpendapat gencatan politik wajar diadakan bagi -mengawal tingkah laku dan percakapan pemimpin politik- yang tidak memberi manfaat kepada umat Islam. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Semua ahli politik disaran melakukan ‘gencatan politik’ sepanjang bulan Ramadan bagi menunjukkan rasa hormat kepada umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa.
Bekas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, selagi tiada semangat sebegitu, selagi itulah ahli politik akan saling tuduh-menuduh, aib-mengaibkan dan cabar-mencabar sesama mereka.
Beliau berpendapat isu yang dibangkitkan ahli politik hanya berkisar kepada kepentingan politik peribadi dan bukannya menguntungkan umat Islam.
“Perbuatan sedemikian hanya akan memberi gambaran buruk kepada bukan Islam betapa orang Islam khususnya pemimpin politik masih bercakaran sesama sendiri ketika mana mereka sepatutnya memuliakan kedatangan bulan Ramadan.
“Saya bersimpati dengan pemimpin politik daripada kalangan orang Islam yang sedikitpun tidak rasa malu menyeru supaya rakyat menghormati bulan Ramadan dan menunjukkan akhlak terpuji ketika berpuasa tetapi sebaliknya mereka yang 'cakap tidak betul'.
“Mereka ‘bergasak’ sesama sendiri, saling tuduh-menuduh, sindir-menyindir dan cabar-mencabar hingga mencemarkan kesucian Ramadan,” tulis beliau menerusi laman Facebook pada Rabu.
BACA: Najib sahut cabaran Anwar untuk berdebat, mohon diadakan secara langsung di TV
BACA: Debat Najib-Anwar: Rafizi setuju Sinar Harian jadi hos
Debat Anwar-Najib | Tiga media gabung tenaga cadang anjur debat
Dalam pada itu, Syed Ali berpendapat gencatan politik wajar diadakan bagi “mengawal tingkah laku dan percakapan pemimpin politik” yang tidak memberi manfaat kepada umat Islam.
“Sebaliknya ia hanya mendatangkan kerugian bagi mereka yang berpuasa dan bertentangan dengan penghayatan bulan Ramadan yang amat dimuliakan oleh Allah,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#gencatan politik
#Ramadan
#Najib Razak
#Syed Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan