awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM, AGC teliti kaedah tangani pelanggaran undang-undang isu 3R - KPN
Google tamat sokongan Chrome untuk macOS 12 mulai pertengahan 2026
Malawi isytihar wabak polio selepas virus cVDPV2 dikesan di Blantyre
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia tarik balik sekatan, Grok dibenar beroperasi semula selepas jaminan X

Astro Awani
Astro Awani
01/02/2026
07:30 MYT
Indonesia tarik balik sekatan, Grok dibenar beroperasi semula selepas jaminan X
Grok sebelum ini dikenakan larangan sementara di Indonesia kerana digunakan untuk menjana imej seksual tidak sah, termasuk visual melibatkan wanita dan kanak-kanak. -Foto fail/Amanz
JAKARTA: Indonesia membenarkan semula operasi alat kecerdasan buatan Grok, milik Elon Musk, selepas syarikat induknya, X, memberikan jaminan bertulis kepada kerajaan mengenai langkah pencegahan penyalahgunaan kandungan.

Ringkasan AI
  • Indonesia membenarkan semula operasi alat kecerdasan buatan Grok, milik Elon Musk, selepas syarikat induknya, X, memberikan jaminan bertulis mengenai langkah pencegahan penyalahgunaan kandungan.
  • Grok sebelum ini dikenakan larangan sementara di Indonesia kerana digunakan untuk menjana imej seksual tidak sah, termasuk visual melibatkan wanita dan kanak-kanak.
  • Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital Indonesia menegaskan pemantauan ketat akan diteruskan untuk memantau imej terlarang, kandungan tidak sah, serta pelanggaran prinsip perlindungan kanak-kanak dalam talian.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital Indonesia mengumumkan keputusan itu dalam satu kenyataan pada 1 Februari.
Sebelum ini, Grok dikenakan larangan sementara selepas ia didapati digunakan untuk menjana imej seksual tidak sah, termasuk visual melibatkan wanita dan kanak-kanak.
Indonesia bukan satu-satunya negara yang bertindak sedemikian, kerana Filipina dan Malaysia turut mengambil langkah sama susulan kebimbangan terhadap penyalahgunaan ciri penjanaan imej.
Kementerian berkenaan memaklumkan bahawa X telah melaksanakan langkah keselamatan tambahan untuk menangani risiko penyalahgunaan, khususnya membabitkan ciri penjanaan imej Grok yang sebelum ini disalahgunakan untuk menghasilkan kandungan eksploitasi.
Kerajaan menegaskan bahawa pemantauan ketat akan diteruskan, termasuk terhadap imej terlarang, kandungan tidak sah, serta pelanggaran prinsip perlindungan kanak-kanak dalam talian.
Grok sebelum ini menerima kecaman antarabangsa apabila cirinya disalahgunakan untuk menghasilkan imej bogel digital tanpa kebenaran, mendorong beberapa negara mengambil tindakan tegas.
Larangan di Indonesia dikuatkuasakan pada Januari lalu, hanya beberapa hari selepas xAI mengehadkan ciri penjanaan imej Grok kepada pengguna berbayar di platform X.
Di Eropah, pengawal selia di Perancis dan United Kingdom turut menjalankan siasatan terhadap potensi penyalahgunaan alat tersebut, manakala beberapa negara lain sedang mempertimbangkan langkah lanjut bagi mengawal ciri AI generatif yang boleh dimanipulasi untuk tujuan eksploitasi.
Dengan pembukaan semula akses kepada Grok di Indonesia, pihak berkuasa negara itu memberi amaran bahawa sebarang pelanggaran baharu akan membawa kepada tindakan lebih tegas, termasuk potensi larangan semula.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah tindakan terkini yang diambil oleh Indonesia berhubung operasi alat kecerdasan buatan Grok milik Elon Musk? A: Indonesia membenarkan semula operasi Grok selepas syarikat induknya, X, memberikan jaminan bertulis kepada kerajaan mengenai langkah pencegahan penyalahgunaan kandungan.
  • Q: Mengapakah Grok sebelum ini dikenakan larangan sementara di Indonesia? A: Grok dilarang sementara kerana didapati digunakan untuk menjana imej seksual tidak sah, termasuk visual melibatkan wanita dan kanak-kanak.
  • Q: Apakah langkah keselamatan tambahan yang dilaksanakan oleh X bagi mengatasi risiko penyalahgunaan ciri penjanaan imej Grok? A: X telah melaksanakan langkah keselamatan tambahan khususnya berkaitan dengan ciri penjanaan imej Grok yang sebelum ini disalahgunakan untuk menghasilkan kandungan eksploitasi.
  • Q: Adakah negara lain selain Indonesia yang turut mengambil tindakan terhadap penyalahgunaan ciri penjanaan imej oleh Grok? A: Ya, Filipina dan Malaysia turut mengambil langkah serupa susulan kebimbangan terhadap penyalahgunaan ciri penjanaan imej.
  • Q: Apakah amaran yang diberikan oleh pihak berkuasa Indonesia berkaitan dengan pembukaan semula akses kepada Grok? A: Pihak berkuasa Indonesia memberi amaran bahawa sebarang pelanggaran baharu akan membawa kepada tindakan lebih tegas, termasuk potensi larangan semula terhadap Grok.

Topic Berkaitan
#AI Generatif
#Indonesia
#Grok
#benar semula beroperasi
#jaminan X
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan