awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal umumkan nama dan butiran mangsa terkorban dalam protes terbaharu
Fed kekal kadar faedah di sebalik tekanan White House
RAM Ratings naikkan penarafan bon YTL Corp, YTL Power kepada AAA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli politik Venezuela Maria Corina Machado menangi Hadiah Nobel Keamanan

Bernama
Bernama
10/10/2025
11:51 MYT
Ahli politik Venezuela Maria Corina Machado menangi Hadiah Nobel Keamanan
Pemimpin pembangkang Venezuela Maria Corina Machado, diumumkan sebagai pemenang Hadiah Nobel Keamanan 2025. - Foto REUTERS/Maxwell Briceno
BERLIN: Pemimpin pembangkang Venezuela Maria Corina Machado, diumumkan sebagai pemenang Hadiah Nobel Keamanan 2025, menurut Jawatankuasa Nobel Norway pada Jumaat, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Ringkasan AI
  • Pemimpin pembangkang Venezuela, Maria Corina Machado, memenangi Hadiah Nobel Keamanan 2025 atas usahanya memperjuangkan hak demokratik rakyat Venezuela.
  • Jawatankuasa Nobel Norway menyifatkan beliau sebagai "juara keamanan" yang berani menentang pemerintahan autokratik di negaranya.
  • Majlis penyampaian Hadiah Nobel akan berlangsung pada 10 Disember di Oslo dengan hadiah bernilai 11 juta kronor Sweden.

Beliau menerima anugerah itu atas "usaha tanpa jemu mempromosikan hak demokratik untuk rakyat Venezuela," kata Pengerusi Jawatankuasa Nobel Norway Jorgen Watne Frydnes.
Frydnes menyifatkan Machado sebagai "juara keamanan" yang berusaha untuk melonggarkan cengkaman kuasa Kerajaan Venezuela yang bersifat autokratik.
"Demokrasi bergantung kepada individu ... yang berani tampil ke hadapan walaupun berdepan risiko besar," katanya.
Tahun ini, seramai 338 orang dicalonkan untuk Hadiah Keamanan, termasuk 244 individu dan 94 organisasi iaitu 52 orang lebih ramai berbanding tahun lepas. Identiti calon Hadiah Nobel biasanya dirahsiakan selama 50 tahun.
Tahun lepas, organisasi keamanan Jepun Nihon Hidankyo menerima anugerah itu atas usahanya mempromosikan dunia bebas senjata nuklear, dengan menggunakan testimoni mangsa terselamat daripada pengeboman atom di Hiroshima dan Nagasaki.
Sepanjang minggu ini, pemenang dalam kategori perubatan, fizik, kimia dan kesusasteraan diumumkan. Minggu anugerah akan berakhir Isnin ini dengan pengumuman Hadiah Nobel dalam Sains Ekonomi.
Semua Hadiah Nobel secara tradisinya disampaikan di Stockholm, kecuali Hadiah Keamanan yang secara unik disampaikan di Oslo.
Setiap anugerah disertakan dengan hadiah wang tunai sebanyak 11 juta kronor Sweden (US$1.1 juta).
Majlis penyampaian rasmi akan berlangsung pada 10 Disember, bersempena ulang tahun kematian Alfred Nobel, pencipta dinamit dari Sweden dan pengasas anugerah ini (1833 -1896).
--BERNAMA-dpa
TAG: hadiah nobel, keamanan, maria corina Machado, Venezuela
Topic Berkaitan
#Hadiah Nobel Keamanan 2025
#Maria Corina Machado
#Venezuela
#menang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan