awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Dusuki akur aset TH tidak dijual kepada bukan Islam - Mujahid

Astro Awani
Astro Awani
29/08/2023
06:48 MYT
Ahmad Dusuki akur aset TH tidak dijual kepada bukan Islam - Mujahid
Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Ahmad Dusuki Abdul Rani akur bahawa aset Tabung Haji (TH) tidak dijual kepada orang bukan Islam, menurut Naib Presiden Amanah Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa.
KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Ahmad Dusuki Abdul Rani akur bahawa aset Tabung Haji (TH) tidak dijual kepada orang bukan Islam.
Menurut Naib Presiden Amanah Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa, ia selepas Ahmad Dusuki menarik balik rayuannya di Mahkamah Rayuan Putrajaya dalam kes saman fitnah yang dikemukakan.
“Dengan tindakan Dusuki yang telah menarik balik rayuan tersebut, maka berakhirlah sudah episod fitnah yang sekian lama diputarkan oleh Dusuki dan pihak Pas … khususnya ketika saya menjadi Menteri Agama bahawa aset Tabung Haji dijual kepada orang bukan Islam,” katanya dalam kenyataan di media sosial.
Mujahid berkata, Mahkamah Rayuan turut mengarahkan Ahmad Dusuki membayar kos sebanyak RM5,000 kepadanya.
Terdahulu, Ahmad Dusuki mengemukakan saman ke atas Mujahid susulan ciapan berikut: “Seorang ustaz berdusta, berpuluh ribu jadi mangsa, berlagak tahu segalanya akhirnya telan api fitnah dalam perut dia sendiri, hingga kini tak pernah tarik balik pendustaannya. Allahu mustaan.”
Dalam kes berkenaan, Ahmad Dusuki menuntut Mujahid supaya membuat permohonan maaf serta ganti rugi.
Bagaimanapun, saman fitnah yang dikemukakan Ahmad Dusuki ditolak oleh kedua-dua Mahkamah Sesyen Shah Alam dan Mahkamah Tinggi.
“Ketika Mahkamah Sesyen menolak saman Dusuki terhadap saya, Mahkamah Sesyen telah mengesahkan bahawa aset Tabung Haji tidak dijual kepada orang bukan Islam.
“Kos keseluruhan yang perlu dibayar oleh Dusuki kepada saya ialah berjumlah RM23,000 iaitu merangkumi kos RM11,000 di Mahkamah Sesyen, RM7,000 di Mahkamah Tinggi dan RM5,000 di Mahkamah Rayuan,” katanya lagi.
Tambah Mujahid, beliau berharap semua fitnah yang sekian lama berlegar berkenaan isu penjualan aset Tabung Haji kini berakhir.
Topic Berkaitan
#Ahmad Dusuki Abdul Rani
#Mujahid Yusof Rawa
#aset Tabung Haji
#mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan