KUALA LUMPUR: Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengumumkan tidak mempertahankan jawatan yang disandangnya ketika ini pada pemilihan akan datang.
Jelas Wan Ahmad Fayhsal yang juga Ahli Parlimen Machang itu, keputusan tersebut diambil susulan beliau telah melebihi umur yang sah untuk menerajui sayap parti itu.
"Perhimpunan Agung Tahunan Armada (ini) adalah yang terakhir saya. Saya akan graduate (melangkah) ke fasa seterusnya.
"Jadi saya akan wariskan Armada kepada perwakilan untuk teruskan pertempuran akan datang," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Tahunan Armada di sini pada Sabtu.
Tambahnya, pemilihan parti yang dijadual berlangsung padq Oktober depan akan menentukan calon yang akan menggantikan tempatnya nanti.
Wan Ahmad Fayhsal dipilih sebagai Ketua Armada dalam pemilihan parti itu pada Ogos 2020 lalu.
Beliau pada ketika itu menewaskan pesaing tunggalnya, Muzzammil Ismail yang merupakan exco Armada. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Mar 11 2023
Wan Ahmad Fayhsal melakukan gimik perasmian ABRO dan PASKAR pada Perhimpunan Agong tahunan Armada. -Foto Sinar Harian
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Usul bahas laporan RCI bukan untuk dakwa mana-mana pihak
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu berkata, 47 halaman muka surat yang dihitamkan dalam laporan RCI bertujuan melindungi keselamatan dan menjaga hubungan diplomatik antarabangsa.
Saya tidak berdendam dengan Najib, saya PM kena adil - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak berdendam dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu Lembaga Pengampunan dan titah adendum.
Beliau menyifatkan pihak yang mengecamnya sebagai individu kurang berilmu kerana cuba untuk mengulas isu berkenaan walaupun tidak mendapat maklumat tepat.
Beliau menyifatkan pihak yang mengecamnya sebagai individu kurang berilmu kerana cuba untuk mengulas isu berkenaan walaupun tidak mendapat maklumat tepat.
Najib pertahan sumbangan kerabat diraja Arab Saudi
Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis bahawa adalah munasabah untuk beliau mempercayai bahawa wang yang diterima dalam akaun bank peribadi AmIslamik merupakan sumbangan daripada pemerintah Arab Saudi iaitu Almarhum Raja Abdullah bin Abdulaziz Al Saud.
Dua lelaki ditahan, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di Kluang, Johor pada Selasa lepas.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Ahmad Fayhsal umum lepas jawatan Ketua Armada Bersatu
Keputusan tersebut diambil susulan beliau telah melebihi umur yang sah untuk menerajui sayap parti itu.