awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekalan elektrik akan dipulihkan di barat daya Berlin lima hari selepas serangan
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Jazlan nafi tuduhan jual aset Felcra kepada bukan Bumiputera

Bernama
Bernama
09/08/2024
10:32 MYT
Ahmad Jazlan nafi tuduhan jual aset Felcra kepada bukan Bumiputera
Ahmad Jazlan menjawab pertanyaan media pada Program Temu Mata bersama Warga Peneroka Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dan Masyarakat Renok di Dewan GDW Kampung Renok Baru hari ini. - Foto Bernama
GUA MUSANG: Pengerusi Felcra Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub menafikan dakwaan bahawa beliau telah menjual kilang Felcra kepada syarikat bukan Bumiputera dan bersedia disiasat mengenainya.
Beliau turut mencabar pihak yang melemparkan tuduhan itu untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Wallahi Wabillahi Watallahi, saya nak pemimpin PAS juga bersumpah bahawa sehingga hari ini, pagi Jumaat ini, saya sahkan bukan sahaja kilang, skru kilang sebiji pun tak pernah saya jual kepada mana-mana pihak," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Temu Mata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama warga peneroka Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dan masyarakat di Kampung Renok Baru, di sini hari ini.
Tuduhan itu didakwa dibuat Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Bersatu Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard sebelum ini dan sekali lagi diulangnya ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Sg Asap, di sini semalam.
Chegu Bard dipetik mendakwa, terdapat kilang milik Felcra yang dikatakan terletak di atas tanah milik kerajaan negeri cuba ditukar milik kepada syarikat bukan Bumiputera.
Bercakap kepada pemberita, Ahmad Jazlan yang juga Pengerusi BN Kelantan berkata beliau telah membuat laporan polis mengenai tuduhan itu pada Rabu lepas dan telah mengarahkan peguam beliau untuk menghantar saman kepada individu yang membuat fitnah.
"... Ia (penjualan aset) tak pernah berlaku, tak pernah sampai kepada meja saya dan saya tak tahu tentang perkara ini," katanya.
Ahmad Jazlan mendakwa tuduhan itu juga adalah cubaan untuk mencalarkan imejnya sebagai Pengerusi Felcra dan Pengarah Operasi BN bagi PRK berkenaan.
"Kalau tuduhan ini benar, saya akan meletak jawatan saya sebagai pengerusi Felcra, atau Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri boleh pecat saya sebagai Pengerusi Felcra," katanya.
PRK DUN Nenggiri yang akan diadakan pada 17 Ogos ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang mewakili Kerajaan Perpaduan dan calon PAS Mohd Rizwadi Ismail yang mewakili Perikatan Nasional (PN).
PRK DUN Nenggiri diadakan berikutan kekosongan kerusi yang diumum Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun, selepas bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim, digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pengerusi Felcra
#Ahmad Jazlan Yaakub
#jual aset kepada bukan Bumiputera
#bersedia disiasat
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan