Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan mahu mempopularkan hastag baharu yang dikenali dengan #tambahpendapatan.
Katanya #tambahpendapatan adalah selaras dengan usaha kerajaan untuk membantu meningkatkan pendapatan rakyat.
"Apa yang Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) tumpukan tahun ini, saya sendiri ingin membantu untuk menambah pendapatan rakyat dan tagline dalam twitter saya sekarang ialah tambah pendapatan.
"Bererti apakah idea-idea yang boleh dibuat oleh agensi-agensi (MITI) bagi membantu menambah pendapatan rakyat.
"Ini penting apabila kita menceritakan mengenai kos sara hidup kaedah yang terbaik ialah menambah pendapatan rakyat," katanya semasa ditemui media selepas menghadiri Majlis Apresiasi Tokoh-tokoh Sarjana Penerima Anugerah Buku Negara 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Pada masa sama, Ahli Parlimen Pontian itu melihat #tambahpendapatan lebih menjurus ke arah perkara yang positif.
"Jadi program-program yang menghala ke arah itu (tingkat pendapatan) di bawah MITI kita akan perhebatkan termasuk Industri Kecil dan Sederhana di kampung-kampung Satu Daerah Satu Industri, Satu Kampung Satu Produk, misalnya, Satu Keluarga Satu Usahawan supaya pendapatan rakyat boleh bertambah.
"Ia agak berbeda dengan #2kerja, hashtag yang ingin kita popularkan ini ialah #tambahpendapatan bererti ia lebih menuju ke arah yang positif daripada #2kerja," tambah beliau.
Ahmad juga kesal kerana menjadi target kumpulan media sosial yang memutarbelitkan kenyataannya di Twitter.
"Bukan saya suka. Saya tidak gemar perkara begitu kerana kalau boleh kita mahu ia dilihat sebagai positif. Cuba spin satu perkara itu ke arah positif.
"Posting saya di Twitter itu dilihat keseluruhannya bukan ambil satu dan keluarkan yang satu itu, keluar daripada konteks cadangan saya iaitu kerja sedia ada, campur bisnes online mengikut peraturan pada waktu malam atau hujung minggu. Itu sepatutnya jadi rumusan. Namun mereka membuat rumusan salah termasuk Lim Kit Siang," jelas Ahmad.
Bagaimanapun tegasnya, beliau akan terus berani menghadapi cabaran media sosial pada tahun ini.
"Saya sebagai pemimpin, kalau kita tidak boleh beri cadangan, lebih elok kita jadi pengikut. Ingin menjadi pemimpin kenalah bagi cadangan. Namun, cadangan itu perlu dilihat secara tepat dan jangan keluar dari konteks," kata beliau.
Jelasnya, beliau sudah memaafkan sesetengah pihak yang dikatakan cuba memutarbelitkan kenyataannya.
"Kebanyakannya saya sudah maafkan. Saya seorang yang ingin tidur lena waktu malam dan tidak terbawa-bawa dengan kritikan yang macam-macam itu," tambahnya.
Rahimah Abdullah
Mon Jan 04 2016

AHMAD: #tambahpendapatan adalah selaras dengan usaha kerajaan untuk membantu meningkatkan pendapatan rakyat. - Gambar fail

Aman Palestin | Ajak dan tawar ibadah korban di Bumi Anbia
Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) mengajak seluruh masyarakat Islam melaksanakan ibadah korban menerusi kempen Korban di Bumi Anbia sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Pegawai JPJ nafi terima habuan bulanan daripada syarikat lori
Tertuduh mengaku tidak bersalah sejurus 12 pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa.

Banjir | Perkembangan banjir di Baling
Untuk perkembangan terkini situasi banjir di Baling, kita bersama wakil Astro AWANI Kedah, Abd Hadi Che Awang.

Banjir | 'Isytihar darurat bencana Tahap 1 atau 2’ - MB Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata beliau mahu seboleh-bolehnya kawasan yang kritikal di beberapa kampung yang terjejas banjir di Baling diisytihar sebagai kawasan darurat bencana tahap 1 atau 2 selari dengan situasi dan bidang kuasa yang ada. Menerusi kenyataan dalam akaun Facebooknya, pengisytiharan itu amat penting bagi mempercepatkan operasi bantuan daripada agensi negeri dan Persekutuan (belanja kecemasan) berdasarkan bajet sedia ada di agensi masing-masing.

Banjir | 9 sekolah terjejas, JPN & PPD diarah siap sedia
Sebanyak sembilan buah sekolah di daerah Baling, Kedah terjejas akibat banjir yang melanda di kawasan itu sejak petang, semalam.
![[TERKINI] Banjir | 2 mayat ditemukan: Sidang media JBPM Kedah [TERKINI] Banjir | 2 mayat ditemukan: Sidang media JBPM Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976585/4194786321656994789199_640x360.jpg)
[TERKINI] Banjir | 2 mayat ditemukan: Sidang media JBPM Kedah
Sidang media oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon susulan penemuan dua mayat di lokasi kejadian bencana banjir dan kepala air di Kampung Iboi, Kupang.

Lelaki cuba terjun Jambatan Sultan Mahmud positif dadah
Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki berkenaan positif dadah jenis methamphetamine.

Suspek kelar isteri, bayi sampai mati direman tujuh hari
Suspek yang berusia 25 tahun itu tiba di mahkamah sekitar jam 9 pagi dengan kawalan ketat dari anggota polis.

Itali isytihar darurat di wilayah utara dilanda kemarau
Itali pada Isnin mengisytiharkan darurat di lima wilayah utara yang paling terjejas akibat dilanda kemarau.

Pujian Arab Saudi penghargaan sangat besar buat Malaysia - Idris
Pada musim haji tahun ini, Malaysia diiktiraf sebagai negara pertama yang memperoleh permit pengoperasian hospital di Arab Saudi.

'Asal jadi duit, kami akan kerja' - Pesawah
Dengan rekod seramai 54,132 pemilih, kawasan Parlimen ini menjadi tumpuan ramai pihak kerana ekosistem politiknya yang penuh rencam.

Ating... si beruk 'multitasking' jadi kesayangan Awang
Ating setia menjaga rumah tuannya sepanjang ditinggalkan akibat dinaiki air ketika banjir gelombang pertama melanda Kelantan

Ahmad Maslan mahu popularkan #tambahpendapatan
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan mahu mempopularkan hastag baharu yang dikenali dengan #tambahpendapatan.

Ahmad Maslan kongsi petua #TambahPendapatan
Datuk Ahmad Maslan berkongsi petua untuk menjana pendapatan tambahan menerusi hashtag #TambahPendapatan di akaun Twitter.

#2Kerja: Pilihan atau Paksaan?
Pemerhati media sosial Faizal Rosly berkongsi pendapat tentang isu #2Kerja.

#2Kerja: Bersedialah, prospek kerja 2016 muram - MEF
Situasi ekonomi yang mencabar bakal menyaksikan syarikat-syarikat besar mengurangkan pekerja dan tiada pengambilan pekerja-pekerja baharu.

#2kerja: 67 peratus netizen tolak dua kerja sebagai azam tahun baharu
Undian kelolaan AWANI menunjukkan majoriti netizen tidak bersetuju untuk melibatkan diri dengan dua kerja menjelang tahun 2016.

#2kerja: Ahmad Maslan mengaku ada tiga kerja, netizen sekolahkan makna kerja dan jawatan
Kenyataan itu menerima kritikan netizen yang menyifatkan ia tidak menggambarkan maksud sebenar tiga kerja.

'Isu #2kerja sudah terlampau melarat' - Ahmad Maslan
Isu #2kerja disifatkan sudah terlampau melarat dan lari daripada konteks asal seperti yang disyorkan pada awalnya.

'Produktiviti kakitangan awam akan terjejas jika buat #2kerja' - CUEPACS
Produktiviti kakitangan awam yang melakukan dua kerja dibimbangi akan terjejas kerana melakukan tugasan melebihi kemampuan diri.