PONTIAN: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengumumkan tidak akan bertanding jawatan Naib Presiden parti pada pemilihan kali ini.
Sebaliknya,Timbalan Menteri Kewangan I itu memilih bertanding jawatan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan Ketua UMNO Bahagian Pontian.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, keputusan tersebut dibuat kerana tidak mahu memecahkan undi memandangkan Johor sudah mempunyai tiga calon bagi jawatan Naib Presiden UMNO.
"Kalau dari segi kelayakan dan pengalaman, saya memang sudah lama dalam UMNO dan pernah memegang jawatan Ketua Penerangan UMNO serta sudah meninjau kesemua 191 bahagian UMNO di seluruh negara.
"Namun, saya tidak perlu menjadi seorang lagi calon Naib Presiden dari Johor. Apabila sudah terlalu ramai calon ia akan memecahkan undi," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Kebajikan Pemandu Kereta Sewa Pontian di Dewan UMNO pada Sabtu malam.
Beliau memberitahu negeri-negeri lain setakat ini hanya menghantar seorang sahaja calon bagi merebut jawatan Naib Presiden.
"Perwakilan akan lihat siapa wakil daripada negeri yang hendak mereka pilih. Pihak di luar sana juga akan fikir mengapa ramai sangat, sedangkan negeri-negeri lain hanya hantar seorang sahaja calon.
"Setakat ini, lapan calon sudah menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden UMNO di mana tiga calon dari Johor. Selebihnya dari Kedah iaitu Datuk Seri Mahdzir Khalid ; Pahang (Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail); Perak (Datuk Seri Johari Abdul Ghani); Pulau Pinang (Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican) dan Perak (Datuk Seri Zambry Abd Kadir)," ujarnya.
Tiga calon Naib Presiden UMNO dari Johor ialah Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dan bekas Menteri Besar Johor yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Hasni Mohamad.
Penentuan jawatan itu akan dibuat ketika mesyuarat perwakilan bahagian di seluruh negara yang akan berlangsung pada 18 Mac depan.
Sementara itu, bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan akan dicabar Datuk Seri Hasni Mohammad.
Ketika ini, Ahmad merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pontian, manakala Naib Ketua UMNO pula disandang oleh Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Mohd Sumali Reduan.
Hasni telah menyandang jawatan Ketua UMNO Bahagian Pontian bermula pada tahun 2001 selepas persempadanan semula kawasan Pilihan Raya antara Parlimen Pontian dan Parlimen Tanjung Piai. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Feb 26 2023
Ahmad Maslan berkata keputusan tersebut dibuat kerana tidak mahu memecahkan undi memandangkan Johor sudah mempunyai tiga calon bagi jawatan Naib Presiden UMNO. - Foto fail/Sinar Harian
Lapangan terbang, pelabuhan baharu tingkatkan ekonomi jangka panjang Sarawak
Perancangan Sarawak untuk membina lapangan terbang antarabangsa serta pelabuhan baharu di bandar ini merupakan dua projek mega negeri yang bakal merancakkan ekonominya untuk jangka masa panjang.
Kontraktor kecil dan sederhana pengganda ekonomi lokal - Ahmad Maslan
Industri pembinaan melalui kumpulan kontraktor kecil dan sederhana boleh menjadi 'faktor pengganda' dalam membantu mengembangkan ekonomi setempat.
Adibah Amin diumum Tokoh Wartawan Negara 2023
Adibah Amin merupakan wartawan wanita pertama diberikan pengiktirafan tertinggi dalam bidang kewartawanan tempatan.
KKR peruntuk RM24 juta untuk tingkat keselamatan jalan raya di Labuan
Sebanyak RM24.55 juta diperuntukkan bagi melaksanakan pelbagai projek jalan raya sebagai usaha meningkatkan keselamatan pengguna di pulau bebas cukai ini tahun ini.
Kebajikan anggota, ahli keluarga JBPM terus dijaga
Aspek kebajikan dalam kalangan pegawai dan anggota bomba termasuk ahli keluarga merupakan elemen penting yang dititikberatkan oleh barisan kepimpinan tertinggi JBPM.
Enam agenda KPM sokong hala tuju negara
Lembaran reformasi pendidikan menginjak kepada perkara dasar dalam pendidikan berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan selari dengan keperluan dunia semasa.
Sektor kewangan digesa bantu perniagaan jadi lebih peka kepada alam sekitar, berdaya tahan
Kamarudin berkata sektor kewangan, khususnya pasaran modal, akan terus memudahkan pembiayaan dan pelaburan yang diperlukan untuk menyokong keutamaan dan komitmen negara.
Penjualan rokok elektronik perlu pendekatan perundangan lebih serius - IKATAN
Kerajaan perlu mengambil pendekatan perundangan yang serius ke atas penjualan produk merokok khususnya rokok elektronik kepada golongan muda.
Azeem Fahmi tidak mahu tertekan buru slot Olimpik Paris 2024
Pelari pecut sensasi negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi tidak mahu tertekan dalam memburu slot ke Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan membuka tirai Julai ini.
Pelantikan pengerusi SPR harus komited dan bebas - Faisal
Ujarnya lagi, dengan adanya kriteria seperti berikut, mereka akan lebih cakna tentang tanggungjawab terhadap tugas dan amanah yang dipegang.
PKR Sungai Bakap: UMNO akan bantu calon PH - Ahmad Maslan
UMNO akan memberikan komitmen penuh untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
Serang balai polis: Henti kaitkan dengan kumpulan ekstremis, JI
Semua pihak perlu berhenti menyebar spekulasi liar mengaitkan insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini dengan kumpulan ekstremis termasuk Jemaah Islamiyah (JI).
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
KKR syor teliti semula tempoh siap projek
Ahmad berkata ia termasuk mempraktiskan amalan terbaik dari negara luar dalam menyiapkan projek pembinaan rumah dan jambatan dalam tempoh singkat.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
Jajaran 'redline' Sarawak dinaik taraf - Alexander
Jajaran 'redline' yang melibatkan jalan persekutuan dan jalan negeri di Sarawak akan direka bentuk semula dan dinaik taraf agar mengikut standard Projek Lebuh Raya Pan Borneo.
Kontraktor perlu ambil peluang raih projek pembinaan bernilai RM180 bilion tahun ini
Kontraktor harus mengambil peluang untuk memperoleh pelbagai projek pembinaan dalam negara yang bernilai kira-kira RM180 bilion tahun ini, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
'No free lunch', tiada penambahan hari tol percuma - Ahmad Maslan
Kerajaan tidak berhasrat untuk menambah bilangan hari bagi pemberian tol percuma sempena Aidilfitri tahun ini.
Cadangan hapus tol sukar dilaksanakan - Ahmad Maslan
Cadangan untuk menghapuskan tol dilihat sukar untuk dilaksanakan kerana ia akan memberi implikasi besar terhadap kedudukan kewangan negara, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.