awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes tembakan: Polis Selangor giat lakukan operasi bersama JSJ Bukit Aman
Penentuan sempadan Malaysia-Indonesia bukan bersandarkan prinsip pampasan, untung rugi - PM Anwar
KKR laksana tiga kaedah penyenggaraan tangani isu jalan rosak, berlubang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Said dilantik semula Pengerusi Ketengah - Zahid Hamidi

Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
29/03/2023
05:00 MYT
Ahmad Said dilantik semula Pengerusi Ketengah - Zahid Hamidi
Ahmad Zahid berkata, pembabitan kembali Ahmad (gambar) diharap dapat membantu membangunkan Ketengah sebagai hab pengeluaran makanan dan pelancongan di Terengganu. - Gambar fail
KUALA NERUS: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dilantik semula sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), umum Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, lantikan berkenaan berkuat kuasa serta-merta.
Beliau berkata pembabitan kembali bekas Menteri Besar itu diharap dapat memacu pembangunan di tiga daerah di bawah pentadbiran Ketengah iaitu Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.
Ahmad Said dilantik sebagai Pengerusi KETENGAH
Katanya, Ketengah juga akan memberi tumpuan dalam melahirkan usahawan baharu di kalangan penduduk kawasan luar bandar.
Ahmad Zahid berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Al-Ansar, Kem Sri Pantai, Seberang Takir di sini malam tadi.
Dalam pada itu, beliau mengesahkan semua calon parti itu akan menggunakan lambang dacing bagi Pilihan Raya Negeri di enam negeri nanti.
Katanya, parti-parti lain dalam Kerajaan Perpaduan pula akan menggunakan lambang pilihan masing-masing bagi calon mereka.
"Namun kita bergerak sebagai satu jentera, jentera kebersamaan antara parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan," katanya.
Topic Berkaitan
#Ahmad Said
#Zahid Hamidi
#Pengerusi Ketengah
#lantikan politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan