Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikekal sebagai presiden PAS kerana beliau mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik dalam menghadapi pelbagai situasi.
Beliau yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS berkata PAS masih perlu mengekalkan Abdul Hadi walaupun terdapat gesaan untuk menukarkannya dengan pemimpin baharu.
Beliau berkata walaupun Perlembagaan PAS memberi ruang untuk sesiapa sahaja memilih calon yang layak bagi menggalas tugas itu, namun sehingga kini keperluan Abdul Hadi menjadi presiden PAS dilihat masih tinggi.
"Kalau ia difahami semua anggota (parti), jawatan itu tidak perlu dicabar. Kedudukan pesiden sendiri sebagai pimpinan ulama kedua (dalam hierarki parti) sesuai untuk mengetuai sebuah parti yang boleh berhadapan dengan semua situasi di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa," kata beliau kepada pemberita.
Beliau melancarkan sambutan Jubli Perak 'Membangun Bersama Islam' peringkat negeri Kelantan di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Abdullah Ya'kub.
Ahmad berkata walaupun terdapat pemimpin yang layak untuk menjawat jawatan presiden, namun buat masa ini keutamaan parti adalah untuk mengekalkan Abdul Hadi sebagai presiden.
Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali semalam, setakat ini tidak terdapat anggota PAS yang menyatakan hasrat untuk mencabar Abdul Hadi pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 yang dijangka 1 Jun ini.
Mengikut perlembagaan parti, semua jawatan daripada peringkat presiden ke bawah adalah terbuka untuk dipertandingkan dan anggota parti yang mendapat minimum dua pencalonan layak untuk menjadi calon.
Mengenai pembentangan pindaan rang undang-undang Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula Isnin ini, beliau yakin sokongan bukan Islam terhadap PAS tidak akan berkurangan meskipun kerajaan negeri membentangkan rang undang-undang itu.
Pada persidangan DUN selama empat hari itu, kerajaan negeri dijangka membentangkan beberapa pindaan dalam enakmen berkenaan.
Mengenai pilihan raya kecil DUN Chempaka, beliau berkata sambutan masyarakat terhadap ceramah PAS setakat ini amat baik.
"Kita harap menjelang hari pemilihan (22 Mac), lebih ramai pengundi khususnya dari luar Kelantan akan kembali kerana ia kebetulan waktu cuti sekolah," katanya.
Bernama
Sun Mar 15 2015
Datuk Ahmad Yakob (gambar) mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikekal sebagai presiden PAS kerana beliau mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik. -Gambar fail
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Pembunuhan Ismail Haniyeh: Dunia kehilangan pemimpin disegani - Ismail Sabri
Dunia berduka apabila kehilangan pemimpin pejuang Hamas, Ismail Haniyeh pada awal pagi Rabu.
Menteri Besar Kelantan angkat sumpah petang Selasa
Calon Menteri Besar Kelantan akan mengangkat sumpah di Istana Balai Besar, Kota Bharu pada jam 3 petang Selasa.
PRN: Pas gagal rampas DUN Galas, Kota Lama satu kejutan - Ahmad
Pas akan melakukan pascanilai atau post mortem bagi kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang kekal menjadi milik Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN).
Menteri Besar Kelantan baharu dijangka angkat sumpah 15 Ogos - Ahmad Yakob
Menteri Besar Kelantan yang baharu dijangka mengangkat sumpah pada Selasa (15 Ogos), kata Datuk Ahmad Yakob.
PRN: Masalah kesihatan punca Ahmad Yakob tolak jadi MB Kelantan
Ahmad berkata, perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada tahun ini.
Kelantan umum Ahad cuti peristiwa
Pengisytiharan itu untuk memberi kemudahan kepada rakyat negeri Kelantan, serta petugas Suruhanjaya Pilihan Raya.
Pas tawar kombinasi agamawan, teknokrat sebagai MB, Timbalan MB Kelantan
Gabungan kepimpinan itu merangkumi seorang tokoh agamawan dan seorang tokoh teknokrat tertakluk kepada mandat rakyat dan perkenan Sultan Kelantan.
PRN: Tiada bayangan siapa akan jadi Menteri Besar Kelantan - Ahmad Yakob
PAS Kelantan setakat ini menegaskan tiada bayangan calon yang akan menjadi Menteri Besar negeri itu, sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan selesai.
Isu Nik Abduh selesai - Ahmad Yakob
Ahmad memberitahu, isu berkenaan sudah selesai dan beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
PN Kelantan perkenal 18 manifesto
Ahmad berkata, manifesto berkenaan akan dikenali sebagai program kerana dianggap sesuai dengan perubahan masa.