awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Zahid, Fadillah ucap selamat menyambut Ramadan, ajak kurangkan pembaziran

Bernama
Bernama
01/03/2025
13:15 MYT
Ahmad Zahid, Fadillah ucap selamat menyambut Ramadan, ajak kurangkan pembaziran
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan selamat menyambut Ramadan kepada umat Islam di seluruh negara yang akan memulakan ibadah puasa esok. - Foto Facebook Zahid Hamidi/Fadillah Yusof
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan selamat menyambut Ramadan kepada umat Islam di seluruh negara yang akan memulakan ibadah puasa esok.
Menerusi hantaran di Facebook, Ahmad Zahid berkata Ramadan adalah bulan rahmat dan keberkatan yang memberi peluang untuk memperkukuh nilai kasih sayang serta mempererat ukhuwah.
"Semoga Ramadan kali ini menjadi medan untuk kita memperbanyakkan amal soleh, memperkukuh nilai kasih sayang sesama insan serta membina masyarakat lebih harmoni dan sejahtera."
Fadillah pula mengajak umat Islam memperbanyakkan amal ibadah dan sedekah serta mengurangkan pembaziran, selari dengan semangat Ramadan.
"Bulan penuh kesucian, bulan yang sangat dinanti-nantikan oleh umat Islam, bulan penuh keberkatan dan terbaik untuk kita menggandakan amal ibadah, serta memperbanyakkan sedekah dan amalan kebajikan," katanya menerusi hantaran berasingan di Facebook.
Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air turut menekankan kepentingan mengelakkan pembaziran makanan yang meningkat mendadak ketika Ramadan, kerana ia bertentangan dengan prinsip kelestarian alam dan keseimbangan sosial.
"Pembaziran mencacatkan keberkatan Ramadan. Apa yang dibazirkan itu mempunyai bahagian untuk orang lain yang boleh diinfakkan dan dimanfaatkan bagi memperoleh ganjaran pahala."
Beliau menggesa masyarakat mengamalkan sikap sederhana dalam berbelanja dan menyumbang kepada mereka yang memerlukan.
"Justeru, kurangkan pembaziran, beli mengikut keperluan, dan perbanyakkan agihan atau derma dalam usaha 'zero waste'," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ramadan
#puasa
#Ahmad Zahid Hamidi
#Fadillah Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan