awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Zahid meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA

Bernama
Bernama
29/01/2025
05:01 MYT
Ahmad Zahid meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menggaul “Lou Sang” pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina MCA hari ini.- Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA hari ini berlangsung meriah dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, di Wisma MCA, Jalan Ampang di sini hari ini.
Menggayakan baju batik, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) tiba pada 9.30 pagi dan disambut mesra oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, selaku tuan rumah.
Sejurus tiba, beliau bersama barisan kepimpinan MCA mengambil bahagian dalam acara tradisi menggaul 'yee sang', yang melambangkan kemewahan, kemakmuran dan kesuburan bagi masyarakat Cina.
Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan muzik dan tarian kebudayaan masyarakat Cina, menambahkan lagi suasana ceria rumah terbuka tersebut.
Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan, Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan, serta bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang duduk semeja dengan Ahmad Zahid dan Wee.
Turut hadir Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan, serta Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing.
Seawal 8 pagi, orang ramai sudah mula berkumpul di perkarangan Wisma MCA untuk turut serta dalam sambutan ini. Kemunculan tarian singa yang diiringi paluan gendang Cina dan bunyi mercun semakin menceriakan suasana.
Tetamu juga dihidangkan dengan pelbagai juadah seperti mihun goreng, rendang, teh cina, aneka kuih dan limau mandarin, melambangkan tradisi jamuan dalam perayaan ini.
Tahun Baharu Cina bukan sekadar menandakan permulaan baharu bagi masyarakat Cina, tetapi juga menjadi wadah untuk merapatkan hubungan kekeluargaan, persahabatan dan perpaduan menerusi majlis rumah terbuka yang diraikan bersama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rumah Terbuka MCA
#Ahmad Zahid Hamidi
#Tahun Baharu Cina
#Wee Ka Siong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan