KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sedang membela dirinya atas pertuduhan rasuah membabitkan dana Yayasan Akalbudi (YAB) hari ini mempersoal tindakan pihak pendakwaan menurutnya yang cuba memerangkapnya apabila bertanyakan soalan sama berulang kali.
Ahmad Zahid, 69, berkata demikian semasa ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong, adakah pengurup wang Omar Ali Abdullah menunjukkan secara fizikal cek yang disumbangkan kepada YAB untuk tujuan amal jariah kepada bekas timbalan perdana menteri itu.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu kemudian menjawab sudah mencukupi baginya melihat penyata bank bulanan dan buku lejar yang merekodkan pemindahan dana YAB ke dalam akaun pelanggan di firma guaman, Tetuan Lewis Co yang mengendalikan dana itu.
“Seseorang itu diberikan kepercayaan untuk mengkreditkan jumlah sumbangan dan sumbangan itu bukan atas nama saya secara peribadi, tetapi kepada sebuah yayasan. Sekiranya yayasan itu dipegang oleh firma guaman dan jelas sumbangan itu telah dikreditkan, adalah tidak bermoral jika kita bertanya siapakah pemberi itu? Adakah duit itu telah dimasukkan atau tidak?
“Cukup dengan kepercayaan ada penyata bank dan buku lejar yang diperlihatkan. Kita harus ada kepercayaan sebab yakin sumbangan itu adalah untuk amal jariah… apa yang ditanya kepada saya perkara yang berulang-ulang supaya saya terperangkap,” kata Ahmad Zahid.
Harris Ong, bagaimanapun, berkata, fakta perlu dibentangkan dalam menjawab soalan agar ia dapat diputuskan oleh mahkamah.
“Di mahkamah ini adalah untuk menuntut keadilan. Semua pihak mencari keadilan dan Datuk Seri (Ahmad Zahid) pun tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Jadi untuk mendapatkan keadilan, fakta perlu dibentangkan dan perlu dikemukakan bagi mencapai satu keadilan,” katanya.
Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid kemudian bangun dan berkata perkara yang dinyatakan oleh pendakwaan itu boleh dibangkitkan semasa hujahan.
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah berkata, itu adalah maklum balas daripada komen Ahmad Zahid yang menyatakan pihak pendakwaan bertanyakan soalan sama berulang kali.
Selepas itu, Harris Ong bertanyakan semula soalan kepada Ahmad Zahid: “Soalan saya mudah, adakah Omar Ali membawa kepada anda secara fizikal cek ini, sebab kamu beritahu B. Muralidharan (peguam Lewis Co) tidak membawa salinan cek?
Ahmad Zahid: Yang Arif, ada tiga tarikh berbeza dan mustahil saya dapat ingat. Saya tidak diperlihatkan dengan cek asal, tetapi ada penyata bulanan yang sepadan dengan buku lejar.
Sebelum itu, Harris Ong merujuk Ahmad Zahid kepada 11 cek berjumlah RM3.8 juta yang diterima daripada individu dan badan korporat untuk disumbangkan kepada YAB dan wang itu dikreditkan ke dalam akaun pelanggan di Lewis Co.
Ahmad Zahid kemudian bersetuju dengan Harris Ong bahawa beliau tidak mengetahui siapa pemilik cek berkenaan dan tidak pernah melihat cek itu secara fizikal.
Harris Ong: Datuk Seri beritahu tidak ketahui siapa pemilik cek, jadi saya katakan kenyataan Datuk Seri bahawa kesemua 11 cek adalah sumbangan daripada individu dan badan korporat kepada Yayasan Akalbudi bagi tujuan amal jariah adalah tidak benar kerana Datuk Seri tidak ketahui pemilik cek itu dan tidak lihat cek itu secara fizikal.
Ahmad Zahid: Saya nyatakan ia adalah sumbangan daripada individu dan badan korporat kepada Yayasan Akalbudi, mustahil di mahkamah saya mahu mengingat tiap-tiap nombor cek dan penyumbang.
Penyata bank dan buku lejar adalah sepadan, ertinya kebolehpercayaan saya kepada Lewis Co untuk kreditkan jumlah pada tahap optimum dan sumbangan telah dikreditkan di akaun pelanggan, jadi saya kekalkan kenyataan saya itu.
Pada 24 Jan lepas, mahkamah memerintahkan Ahmad Zahid membela diri atas 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya melibatkan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik YAB.
Perbicaraan di hadapan Hakim Sequerah bersambung. - BERNAMA
Bernama
Thu Jul 07 2022
Ahmad Zahid Hamidi yang sedang membela dirinya atas pertuduhan rasuah membabitkan dana Yayasan Akalbudi mempersoal tindakan pihak pendakwaan menurutnya yang cuba memerangkapnya apabila bertanyakan soalan sama berulang kali. - Gambar BERNAMA
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Kes rasuah Ahmad Zahid: Hakim akan lawat dua banglo di Country Heights, Kajang
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersetuju untuk melawat banglo berkenaan demi keadilan dalam perbicaraan kes Ahmad Zahid.
Yayasan Albukhary beri sumbangan RM5 juta dalam bentuk cek kepada Akalbudi - Saksi
Mohd Amiruddin berkata perkara itu dikesan selepas dia mula menjalankan siasatan sejak Jun 2016 apabila menerima salinan-salinan cek.