awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Zahid saran umat Islam berhati-hati dengan varian baharu COVID-19

Bernama
Bernama
21/04/2023
10:42 MYT
Ahmad Zahid saran umat Islam berhati-hati dengan varian baharu COVID-19
Ahmad Zahid Hamidi ketika hadir bagi meninjau harga barangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Jalan Tunku Abdul Rahman hari ini. -Bernama
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyarankan umat Islam yang menyambut Aidilfitri di seluruh negara agar berhati-hati dengan varian baharu COVID-19 iaitu XBB1.16 atau Arcturus.
"Kita harus lebih berhati-hati kerana varian baharu ini kita tidak tahu kadar jangkitannya dan ia sangat terbuka serta cepat.
"Saya harap kita lebih berhati-hati sambil kita bergembira (menyambut Aidilfitri)," katanya kepada pemberita ketika meninjau jualan Aidilfitri di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini hari ini.
Beliau turut menasihati warga kota yang pulang ke kampung halaman supaya berhati-hati dan fokus ketika memandu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
"Saya harap dengan tol percuma yang diumumkan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), kita harus ambil peluang ini untuk pulang ke kampung bersilaturahim dengan ibu bapa dan kaum keluarga tetapi jangan dalam kegembiraan ini, kita leka di jalan raya.
"Nyawa lebih penting dan saya harap soal keselamatan jalan raya harus diberi keutamaan selain menjalin silaturahim," katanya.
Tinjauan Bernama di Jalan Tunku Abdul Rahman mendapati ramai warga kota mengambil peluang jualan murah yang ditawarkan oleh peniaga pada hari terakhir Ramadan.
Ahmad Zahid turut meluangkan masa menyantuni warga kota serta beramah mesra sambil berswafoto bersama pengunjung dan peniaga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#Zahid Hamidi
#COVID-19
#varian baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan