KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini merakamkan penghargaan kepada seluruh jurugambar sempena Hari Fotografi Sedunia 2026 atas sumbangan mereka merakam pelbagai momen untuk tatapan dan kenangan.
Beliau berkata penghargaan itu merangkumi jurugambar profesional, media, majlis dan kenduri serta mereka yang menjadi โjurugambar rasmiโ keluarga dan sahabat ketika berkumpul memandangkan masing-masing mempunyai cara tersendiri dalam merakam dunia dan mengabadikan kenangan.
โKita semua sukakan gambar yang cantik. Ada yang kita simpan sebagai kenangan, ada dibingkaikan menjadi tatapan. Ada juga sekeping gambar yang akhirnya menjadi rakaman sejarah serta rujukan satu dunia.
โNamun, di sebalik setiap gambar itu, ada seorang insan memerhati, menunggu dan memilih detik yang tepat untuk menekan butang kamera. Kadang kala hanya beberapa saat, tetapi hasilnya mampu menyimpan sebuah cerita untuk puluhan tahun.
โSelamat Hari Fotografi Sedunia saya ucapkan kepada kalian semua. Teruskanlah merakam setiap detik kerana gambar hari ini akan menjadi kenangan pada hari esok,โ katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Hari Fotografi Sedunia disambut pada 19 Ogos setiap tahun di seluruh dunia.
-- BERNAMA