awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AI Generatif menyumbang kepada peningkatan penipuan dalam talian - Pakar

Nina Rozman
Nina Rozman
12/07/2024
04:45 MYT
AI Generatif menyumbang kepada peningkatan penipuan dalam talian - Pakar
Literasi digital bukan sahaja mengenai memahami teknologi, tetapi juga tentang kesedaran dan tindakan proaktif dalam menghadapi ancaman yang sentiasa berubah. - Fail Arkib
KUALA LUMPUR: AI Generatif dan teknologi 'deepfake' dikenal pasti sebagai antara punca yang menyumbang kepada peningkatan kes penipuan dalam talian pada tahun ini.
Demikian disuarakan pakar keselamatan rangkaian Prof Dr Zuriati Ahmad Zukarnain, Timbalan Dekan (Akademik, Kurikulum Dan Data), Fakulti Sains Komputer Dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia.
Beliau yang merupakan profesor rangkaian komputer dan keselamatan siber berkata, pengguna perlu lebih berwaspada dan hati-hati ketika berurusan secara dalam talian, terutamanya apabila melibatkan maklumat sensitif atau transaksi kewangan.
"Penipu itu menggunakan AI generatif untuk mencipta video, audio dan imej palsu yang sangat realistik.
"Dengan menggunakan teknologi deepfake ini, mereka boleh menyamar sebagai individu yang boleh dipercayai, seperti pengurus bank atau ahli keluarga, untuk menipu mangsa,
"Kecanggihan AI ini menyebabkan penipuan sukar dikesan, terutamanya dalam kalangan pengguna yang sering berurusan dalam talian," katanya kepada Astro AWANI hari ini.
Beliau turut menganggap Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Keseksaan (Pindaan) 2024 yang mewujudkan peruntukan bagi kesalahan membabitkan kaedah pembayaran atau akaun di institusi kewangan, diluluskan di Dewan Rakyat pada Rabu, adalah satu langkah yang baik.
Pindaan itu antara lain bertujuan mengekang jenayah dalam talian menggunakan akaun keldai bagi menjalankan aktiviti penipuan.
Bagaimanapun, Zuriati berkata, RUU itu perlu ditambah baik lagi untuk memasukkan penalti yang lebih berat terhadap individu yang mencipta akaun keldai.
Selain itu, katanya, pengesanan dan pemantauan perlu dipertingkat untuk memastikan integriti sistem kewangan serta melindungi pengguna.
Katanya, bagi menangani penipuan kewangan dengan lebih efektif, kerjasama antara National Scam Response Centre (NSRC), syarikat telekomunikasi, institusi kewangan dan pengguna perlu ditingkatkan.
“Pihak-pihak tersebut perlu memberi kerjasama dari segi menghalang, memantau dan sebagainya, secara tuntas.
“Jika setiap pihak mengambil tindakan secara tepat bersama, dengan kerjasama yang strategik, saya rasa masalah ini dapat dibendung dengan cekap,” tambahnya.
AI generatif, 'deepfake' menyumbang kepada peningkatan penipuan dalam talian pada 2024
Kata Zuriati, taktik penipuan sentiasa berubah dan ia berkembang seiring dengan perubahan teknologi.
Pengguna perlu dididik secara berterusan tentang pelbagai jenis penipuan yang wujud termasuk mengenal pasti tanda amaran atau 'red flags' seperti mesej yang tidak sahih, agar tidak terjebak dengan pautan yang boleh menjerat mereka.
Literasi digital bukan sahaja mengenai memahami teknologi, tetapi juga tentang kesedaran dan tindakan proaktif dalam menghadapi ancaman yang sentiasa berubah, katanya.
Topic Berkaitan
#penipuan dalam talian
#keselamatan siber
#Zuriati Ahmad Zukarnain
#AI Generatif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan