awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

AICHR berhimpun di Jakarta perkukuh agenda hak asasi serantau

Bernama
Bernama
12/05/2025
02:30 MYT
AICHR berhimpun di Jakarta perkukuh agenda hak asasi serantau
Edmund Bon (gambar) akan mempengerusikan Mesyuarat ke-41 AICHR yang akan berlangsung di Sekretariat ASEAN, Jakarta, dari 12 hingga 16 Mei ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) akan mengadakan Mesyuarat ke-41 di Sekretariat ASEAN, Jakarta dari 12 hingga 16 Mei ini yang dipengerusikan oleh Wakil Malaysia ke AICHR merangkap Pengerusi AICHR bagi tahun 2025, Datuk Edmund Bon Tai Soon.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra berkata kepimpinan Malaysia dalam mesyuarat itu mencerminkan komitmen berterusan negara dalam memajukan promosi dan perlindungan hak asasi manusia melalui dialog serantau serta penerokaan bidang kerjasama baharu.
"Mesyuarat ini dijangka memperkukuh kerjasama ASEAN dalam bidang hak asasi manusia ke arah mencapai matlamat yang digariskan dalam Pengisytiharan Hak Asasi Manusia ASEAN 2012 dan Visi Komuniti ASEAN," kata Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Isnin.
Menurut Kementerian Luar, mesyuarat akan menghimpunkan 10 Wakil/Wakil Alternatif AICHR, Wakil Timor-Leste (sebagai Pemerhati) serta pegawai daripada Sekretariat ASEAN.
"Mesyuarat ini akan membincangkan perkembangan terkini hak asasi manusia di ASEAN dan draf Deklarasi ASEAN mengenai Hak kepada Alam Sekitar yang Selamat, Bersih, Sihat dan Mampan," katanya.
Kementerian itu berkata AICHR juga akan meneliti Rancangan Kerja Lima Tahun AICHR (FYWP) bagi 2026 hingga 2030 serta Program Keutamaan AICHR bagi tahun hadapan.
Sebagai persediaan bagi sesi antara Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-15 bersama AICHR yang dijadualkan berlangsung pada Julai tahun ini di Kuala Lumpur, AICHR juga akan memuktamadkan Laporan Tahunan 2025 untuk dibentangkan kepada AMM berhubung kemajuan, cabaran serta hala tuju masa depan AICHR.
Selain itu menurut Wisma Putra, AICHR akan turut mengadakan pertemuan bersama Jawatankuasa Perwakilan Tetap ke ASEAN (CPR), Kumpulan Kerja bagi Mekanisme Hak Asasi Manusia ASEAN (Working Group for an ASEAN Human Rights Mechanism - WGAHRM), Gabungan Hak Kanak-Kanak Asia (termasuk penglibatan kanak-kanak dan wakil Suruhanjaya ASEAN Mengenai Penggalakan dan Perlindungan Hak Wanita dan Kanak-Kanak - ACWC), Rangkaian Universiti ASEAN - Pendidikan Hak Asasi Manusia (ASEAN University Network-Human Rights Education - AUN-HRE), serta rakan dialog Australia, Norway, Jepun, Kesatuan Eropah, Switzerland dan Republik Korea.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AICHR
#Edmund Bon Tai Soon
#hak asasi manusia
#Jakarta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.