KUALA LUMPUR: Kapten skuad Harimau Malaya, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak bersedia berkongsi pengalaman dengan pemain muda sekiranya mereka dipanggil menyarung jersi kebangsaan pada aksi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jun ini.
Aidil Zafuan yang kagum dengan corak permainan berkualiti tinggi dimiliki beberapa pemain muda seperti penyerang muda sensasi Luqman Hakim Shamsudin yang kini bersama kelab Belgium iaitu K.V. Kortrijk, serta dua bintang meningkat naik Johor Darul Ta'zim (JDT), Ramadhan Saifullah Usman dan Arif Aiman Mohd Hanapi berkata, pengalamannya mungkin berguna terutama ketika berdepan pasukan kuat.
"Dari segi pengalaman mungkin mereka kurang dan kita sebagai senior mungkin bimbing mereka melalui apa yang kita peroleh setakat ini,” katanya selepas menerima suntikan vaksin dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Putrajaya baru-baru ini.
Mengulas lanjut, pemain berusia 33 tahun yang telah mengumpul lebih 80 penampilan bersama skuad senior kebangsaan sejak 2008 itu berkata, pengalaman dikumpulnya terutama panduan ketika beraksi bertemu pasukan kuat pada perlawanan antarabangsa itu boleh dikongsi dengan pemain-pemain muda ini.
Ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe pada Isnin memaklumkan telah mengenal pasti beberapa muka baharu selepas membuat senarai pendek terhadap 38 pemain untuk persiapan menghadapi cabaran di UAE nanti.
Saingan lebih mencabar pastinya menanti barisan pemain untuk merebut tempat dalam skuad kebangsaan memandangkan hanya 26 atau 27 pemain akan terpilih dalam senarai akhir sebelum berlepas ke UAE dijadualkan pada 20 Mei.
Luqman Hakim dan Ramadhan Saifullah merupakan antara muka baharu yang dipanggil menjalani kem latihan pusat skuad negara di Johor pada Mac lepas.
Sementara itu, tonggak pertahanan JDT itu menyifatkan dua aksi pemanas badan menentang Kuwait pada 23 Mei dan Bahrain (28 Mei) sebagai percaturan terbaik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi menilai tahap kemampuan sebenar pasukannya sebelum cabaran sebenar di UAE kelak.
"Kuwait dan Bahrain menghuni ranking tinggi dan pasukan yang bagus untuk kita bertemu nanti. Saya rasa kalau kita tidak bermain sebelum perlawanan sebenar mungkin ada masalah dari segi kecergasan dan diharapkan aksi persahabatan berjalan lancar," tambahnya.
Berdasarkan ranking FIFA, Kuwait kini menduduki tangga ke-148 manakala Bahrain pula tangga ke-99. Malaysia menghuni tangga ke-153.
Malaysia akan menentang tuan rumah UAE pada 3 Jun, sebelum berdepan Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun) dalam perebutan gelaran juara Kumpulan G, bagi memburu slot automatik ke pusingan akhir Piala Asia 2023 sekali gus mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022. BERNAMA.
Bernama
Thu Apr 22 2021
Aidil Zafuan Abd Razak menerima suntikan vaksin COVID-19 di Putrajaya baru-baru ini. - Gambar BERNAMA
Qatar, Mesir dan AS seru Israel, Hamas muktamadkan cadangan gencatan senjata
Pengantara gencatan senjata Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat menyeru Israel dan Hamas untuk memuktamadkan perjanjian.
'Atiq' hampir dijual sebelum menyerlah dalam sukan memanah berkuda
Atlet memanah berkuda Muhamad Adam Azim Romzi hampir menjual satu-satunya kuda kesayangannya apabila mendapati haiwan itu tiada potensi dalam sukan lumba kuda.
AWANI Ringkas: Setakat ini hanya ibu bapa Zayn ditahan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Melly Goeslow nyata masih hebat, memukau peminat di Axiata Arena
Konsert selama lebih dua jam itu nyata memukau kira-kira 9,000 peminatnya yang rata-rata hadir dengan pakaian sekolah.
Chile sertai tuntutan mahkamah Afrika Selatan terhadap Israel di ICJ
Chile telah memutuskan untuk menyokong dan menyertai tuntutan yang difailkan oleh Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa di bawah Konvensyen mengenai Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid.
Emir Kuwait lantik Sheikh Sabah Khaled Al Sabah sebagai putera mahkota
Emir Kuwait, Mishal Al Ahmad Al Jaber Al Sabah mengeluarkan dekri melantik Sabah Khaled Al Hamad Al Sabah sebagai putera mahkota.
Dua pembantu penguasa kastam didakwa atas tuduhan rasuah
Dua Pembantu Penguasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia didakwa di atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM4,300.
Segera siasat dakwaan kontena Israel berada di Iskandar Puteri - Ahmad Zahid
Siasatan terhadap dakwaan kewujudan kontena syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM, di sebuah pelabuhan di Iskandar Puteri, Johor perlu disegerakan.
Ekosistem kewangan Islam berpotensi tarik lebih banyak pelaburan ke Malaysia
Mohd Zukime berkata, pelabur daripada negara Islam mencari peluang pelaburan yang mematuhi prinsip Syariah.
Shereen lebur rekod kebangsaan 400m miliknya di Tennessee
Atlet olahraga wanita negara Shereen Samson Vallabouy berjaya meleburkan rekod kebangsaan miliknya dalam acara 400 meter (m) pada Kejohanan Music City Track Carnival di Tennessee, Amerika Syarikat.
Aidil Zafuan kongsi perancangan masa depan di JDT selepas julang gelaran Liga Super ke-10
Pemain berusia 35 tahun itu menegaskan dia masih mempunyai baki kontrak setahun dan sedia untuk kekal berkhidmat bersama JDT.
'Shebby nampak penat ketika berbasikal, cuaca pula panas' - Aidil Zafuan
Mendiang seringkali dilihat keluar berbasikal di sekitar kawasan kejiranan kerana dia memang aktif bersukan.
Aidil Zafuan sedia kongsi pengalaman dengan pemain muda
Aidil kagum dengan corak permainan berkualiti tinggi dimiliki beberapa pemain muda seperti Luqman Hakim Shamsudin yang kini bersama kelab Belgium iaitu K.V. Kortrijk.
Suntikan vaksin bantu Harimau Malaya fokus aksi di UAE - Aidil Zafuan
Kapten pasukan Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak yakin, suntikan berkenaan juga mampu menghilangkan rasa takut para pemain terhadap ancaman COVID-19, yang masih melanda dunia ketika ini.
Jangan heret perlawanan ke penalti, Mora ingatkan JDT
Jurulatih berusia 41 tahun dari Mexico itu juga percaya anak buahnya tidak akan diberi laluan mudah oleh KDA FC.
Rindu ibu, tapi kesihatan lebih penting - Aidil Zafuan
Pemain pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT), Aidil Zafuan Abd Radzak menyifatkan sambutan Syawal kali ini paling sayu untuknya sekeluarga.
Pemain Harimau Malaya seru rakyat Malaysia agar duduk di rumah
Masih ada segelintir masyarakat Malaysia yang masih ingkar dengan arahan tersebut.
Harimau Malaya: Ngauman kata-kata semangat sebelum perlawanan
Kita menang sama-sama, kita kalah pun sama-sama
Zaquan ketepi sementara ikatan saudara dengan Aidil
Penyerang Kedah, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak akan mengetepikan sementara ikatan adik beradik dengan pasangan kembarnya, Aidil Zafuan Abdul Razak yang mewakili Johor Darul Ta'zim (JDT).
'Ibu bingung nak pilih Aidil atau Zaquan'
Pastinya peminat bola sepak memberi tumpuan buat pasangan kembar bola sepak iaitu Aidil Zafuan dan juga Zaquan Adha Abdul Radzak.