awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidilfitri: 350 tan sampah dikutip setiap hari di Kelantan

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
11/05/2022
00:15 MYT
Aidilfitri: 350 tan sampah dikutip setiap hari di Kelantan
Dr Izani berkata masalah sampah sarap tidak menjadi isu tahun ini kerana proses pembersihan berjalan dengan lancar dan efisien. - Astro AWANI
KOTA BHARU: Sejumlah 300 hingga 350 tan sampah dibuang setiap hari dalam kawasan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI).
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Dr Izani Husin berkata peningkatan jumlah sampah yang dipungut setiap hari direkodkan sepanjang tempoh seminggu sebelum dan selepas sambutan Aidilfitri di Kelantan.
"Jadi sampah itu meningkat, sampah domestik dan pukat meningkat begitu banyak sebelum raya.
"Anggaran dalam 250 tan sehari sebelum raya lebih naik lebih 50 tan kepada 300 hingga 350 tan sehari," katanya.
Jelas Dr Izani, pekerja pembersihan menjalakan kerja-kerja pembersihan dalam kawasan bandar Kota Bharu bermula malam hingga awal pagi bagi memastikan sampah dapat diuruskan dengan baik.
Peningkatan pembuangan sampah setiap hari itu berlaku kerana penduduk dan perantauan yang pulang membuat persiapan hari raya.
Kerajaan negeri katanya memberikan jaminan sampah sarap tidak dibiarkan bertimbun di sekitar bandar Kota Bharu sepanjang musim sambutan Aidilfitri lalu.
Masalah sampah sarap tidak menjadi isu tahun ini kerana proses pembersihan berjalan dengan lancar dan efisien.
Sementara itu, Dr Izani memaklumkan tidak berlaku peningkatan kes jangkitan COVID-19 sepanjang tempoh sambutan Aidilfitri walaupun berlaku kebanjiran perantauan yang pulang ke kampung halaman masing-masing.
BACA: Kes COVID-19 di Kelantan tidak meningkat meskipun ramai perantau pulang - Dr Izani
Keadaan ini disumbangkan oleh tahap pematuhan rakyat Kelantan serta yang memakai pelitup muka selain pengambilan vaksinasi yang tinggi dalam kalangan perantauan yang pulang.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#sampah
#MPKB-BRI
#kerja pembersihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan