GUA MUSANG: Pertubuhan Martabat Sejagat (Martabat) memohon Jabatan Kerja Raya (JKR) mengkaji semula arahan penutupan laluan utama Gua Musang-Kuala Lipis bagi kerja-kerja pembinaan Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) yang sebelum ini dikenali sebagai Central Spine Road (CSR), di sini.
Pertubuhan mewakili anak perantau di Gua Musang itu, menerusi kenyataan, membantah tindakan penutupan tersebut yang dipercayai akan menyebabkan kesesakan jalan raya luar biasa, di samping mengganggu urusan seharian penduduk sekitar, terutama ketika musim perayaan.
Setiausaha Martabat Mohd Khairulhisham Norudin berkata tindakan menutup laluan utama pada tempoh tersebut dikhuatiri memberi kesan terhadap kelancaran perjalanan pengguna jalan raya, terutama buat anak perantau di Kelantan yang dijangka pulang ke kampung bermula 21 April ini.
"Jalan ini adalah laluan utama anak perantau di Kelantan. Mengikut jangkaan kira-kira sejuta pengguna jalan raya akan menggunakan jalan persekutuan ini sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 23 April ini," katanya.
JKR Jajahan Gua Musang dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan laluan di FT2747 Kilometer (KM) 3.9 (Simpang Hospital) hingga KM2.4 (jambatan Taman Damar) dan FT2745 KM0.8 (bawah jejambat Taman Damar) akan ditutup kepada semua lalu lintas di kedua-dua arah, bermula Rabu hingga 29 April, dari 8 pagi hingga 7 petang.
Mohd Khairulhisham berkata Martabat mencadangkan agar pihak berkaitan memfokuskan kerja pemasangan cerucuk di laluan lain terlebih dahulu, memandangkan penutupan itu dijangka mengambil masa lama dan berakhir pada hujung April.
Sementara itu, Pengarah JKR Kelantan, Ir Mohd Suhaili Ismail dalam hantaran di Facebook berkata pihaknya mengambil maklum kegusaran pengguna berkaitan penutupan jalan itu.
Katanya, jalan alternatif FT 008 yang lama lebih selesa dan luas untuk menampung pertambahan trafik di musim perayaan nanti.
"JKR telah mengambil pertimbangan yang sewajarnya sebagai mitigasi untuk mengurangkan kesesakan memandang laluan tersebut terdapat beberapa 'bottleneck' (jalan sempit) kesan pembinaan jalan baharu LTU.
"JKR Gua Musang akan mengeluarkan notis tambahan secara rasmi dalam masa terdekat," katanya.
Hasil tinjauan setakat pagi ini, bagaimanapun, mendapati jalan itu masih dibuka.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 31 2023

Martabat membantah tindakan penutupan tersebut yang dipercayai akan menyebabkan kesesakan jalan raya luar biasa. - Gambar hiasan

AirAsia lancar penerbangan langsung Pulau Pinang-Hong Kong, Ogos ini
AirAsia akan melancarkan laluan penerbangan langsung dari Pulau Pinang ke Hong Kong, bermula 10 Ogos ini.

Lionel Messi umum sertai Inter Miami
Keputusan itu sekali gus mengesahkan Messi menolak tawaran lumayan dari sebuah kelab di Arab Saudi.

Boeing kesan kecacatan baharu pesawat 787 Dreamliner
Pembuat pesawat Amerika Syarikat (AS) Boeing pada Rabu mengenal pasti kecacatan baharu pada jet 787 Dreamliner keluarannya.

Lawak melampau: Singapura mohon maaf, Jocelyn Chia bukan lagi warganegara
Kerajaan Singapura tidak boleh menerima kata-kata atau tindakan yang boleh mencetus kemudaratan atau menyinggung perasaan orang lain.

KPDN sedia pertimbang tambah bekalan gula di negeri tertentu semasa musim perayaan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub sedia mempertimbangkan cadangan untuk menambah bekalan gula di negeri tertentu pada musim perayaan.

KKD gesa Telegram jumpa MCMC untuk elak tindakan
KKD menggesa pihak Telegram mengadakan pertemuan dengan MCMC dalam masa terdekat bagi mengelakkan tindakan berhubung beberapa isu keselamatan siber.

Presiden Xi mahu China tumpu kepada menghijaukan kawasan gurun, cipta keajaiban baharu
Presiden Xi Jinping mahu China terus meningkatkan usaha untuk mencegah hakisan tanah dan memastikan penghijauan kawasan gurun sehingga keajaiban baharu dapat diwujudkan.

Mohamad Hasan bimbang trend ahli politik tabur retorik ancam perpaduan
Mohamad berkata, golongan ini sanggup memperlekeh jaminan hak asasi, kebebasan dan keutuhan institusi awam.

Kenya minat pelajari kepakaran Malaysia dalam penyediaan rumah mampu milik
Kenya berminat mendapatkan khidmat kepakaran Malaysia dalam aspek penyediaan perumahan mampu milik negara.

Kejayaan Malaysia dalam kes tuntutan Sulu tamatkan usaha rampas aset negara - Fahmi Fadzil
Kejayaan Malaysia dalam pertikaian undang-undang di Perancis berkaitan tuntutan kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu, mematikan segala usaha mereka untuk cuba merampas aset negara.

Jalan utama ditutup sebulan, aliran trafik Gua Musang mulai sesak
Hari pertama penutupan jalan utama Gua Musang-Kuala Lipis menyebabkan aliran trafik sesak.

Aidilfitri: Bimbang kesesakan teruk, NGO mohon JKR tangguh tutup jalan di Gua Musang
Martabat memohon JKR mengkaji semula arahan penutupan laluan utama Gua Musang-Kuala Lipis bagi kerja-kerja pembinaan LTU.

Pemandu lori, kelindan maut rempuh belakang treler rosak
Siasatan awal mendapati treler yang membawa muatan barangan besi itu berhenti di tengah-tengah jalan akibat mengalami kerosakan pada kotak gear.

Remaja lelaki maut rempuh lembu
Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Klinik Chiku 3, 9.55 malam tadi.

Pesara polis maut, kenderaan bertembung kereta dipandu lelaki positif dadah
Hasil ujian awal saringan air kencing mendapati pemandu Proton Saga positif dadah jenis methamphetamine dan ganja.

Ibu, bayi 6 bulan maut dalam nahas di Jalan Gua Musang-Kuala Krai
Seorang wanita dan bayi lelakinya berusia enam bulan maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 35, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini pada 12.40 tengah malam tadi.

Penunggang motosikal maut gagal potong lori
Siasatan awal mendapati semasa kejadian mangsa dalam perjalanan dari arah Laloh, Kuala Krai ke Gua Musang.

Dua lelaki maut tercampak dari kereta
Perodua Myvi itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas masuk ke dalam longkang sebelah kiri jalan.

Daun ketum 158kg ditemui dalam kereta kemalangan
Suspek lelaki yang memandu Toyota Vios bermuatan ketum itu mengalami cedera parah di kepala.

Pemandu maut terjun lori, kepala terhentak atas jalan
Seorang pemandu lori yang membawa muatan kelapa sawit maut selepas kenderaan yang dipandunya gagal dikawal ketika menuruni bukit di Jalan Gua Musang-Lojing, malam tadi.