KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menumpukan lebih perhatian terhadap pelaksanaan Op Motosikal Khas di seluruh negara pada musim perayaan Aidilfitri ini bagi mengurangkan kadar kemalangan maut melibatkan kenderaan itu.
Timbalan Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ Aedy Fadly Ramly berkata, berdasarkan statistik Op Selamat 2019 dan Op Selamat 2022, kemalangan maut melibatkan penunggang serta pembonceng motosikal masing-masing mencatatkan sebanyak 69 dan 65 peratus.
Beliau berkata JPJ melihat trend kemalangan maut melibatkan motosikal amat membimbangkan kerajaan.
"Jadi, kami akan tumpukan Op Motosikal Khas ini ke seluruh negara dan JPJ telah menggerakkan anggota penguat kuasa di seluruh negara di mana kita akan tumpukan pada pemeriksaan motosikal sepanjang kempen di musim perayaan ini.
"Antara jenis kesalahan yang akan menjadi fokus JPJ ialah berkait kesalahan pelesenan pemandu, pelesenan kenderaan dan kesalahan teknikal lain seperti pengubahsuaian motosikal," katanya selepas meninjau operasi itu di Plaza Tol Sentul Pasar di sini malam tadi.
Operasi itu, yang dijalankan bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen dan polis, menyaksikan sebanyak 409 notis dikeluarkan manakala 18 motosikal disita.
Selain itu, seramai 15 warga asing ditahan oleh Jabatan Imigresen kerana tidak memiliki dokumen yang sah dan tiga individu ditahan AADK kerana positif ujian saringan dadah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 20 2023
Anggota JPJ membuat pemeriksaan ketika Operasi Khas Motosikal sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri di Plaza Tol Duke Sentul Pasar, Kuala Lumpur, 20 April 2023. --fotoBERNAMA
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
Aidilfitri: JPJ tumpu lebih perhatian pelaksanaan Op Motosikal Khas
Operasi yang dijalankan bersama AADK, Imigresen dan polis itu menyaksikan 409 notis dikeluarkan manakala 18 motosikal disita.