awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hasrat Zii Jia beraksi di All England 2026 tidak kesampaian
Austria berhasrat perluas kerjasama dengan Malaysia - Duta
Pahang peruntuk RM9 juta menerusi inisiatif Makmur Pahang Kluster Siswa 2026 - MB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidilfitri: Kod QR bagi pembelian tiket di TBS diperkenal, 265 bas tambahan disediakan

Faida Rahim
Faida Rahim
19/04/2023
10:36 MYT
Aidilfitri: Kod QR bagi pembelian tiket di TBS diperkenal, 265 bas tambahan disediakan
Anthony (tengah) berharap pelaksanaan integrasi ini dapat memberi kelebihan dan kemudahan kepada rakyat selaras dengan agenda pendigitalan sektor pengangkutan. -Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) meluluskan sebanyak 256 bas tambahan sebagai inisiatif menampung permintaan tiket balik kampung sempena Aidilfitri tahun ini.
Dalam masa sama, Menteri Pengangkutan Anthony Loke memaklumkan, bagi mengatasi masalah kesesakan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), inisiatif tiket tanpa kertas menggunakan kod QR turut diperkenalkan.
“Antara inisiatif untuk kurangkan kesesakan di terminal adalah konsep tanpa kertas guna kod QR bagi pembelian dalam talian.
“Penumpang hanya perlu mencetak dan boleh terus ke balai pelepasan selepas mengimbas kod QR di Auto Counter Gate (AGC),” katanya di sidang media selepas lawatan kerja Menteri Pengangkutan ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) sempena perayaan Aidilfitri.
Tambah beliau, beberapa penyedia Sistem Tiket Online (OTA) utama iaitu GoHub, BusOnlineTicket, dan RedBus berjaya melaksanakan integrasi sistem dengan TBS.
“Penumpang yang membeli tiket akan menerima notifikasi kod QR bersama logo GoPass.
"Mereka (penumpang) boleh terus ke balai pelepasan untuk naik bas,” katanya.
Sementara itu, Anthony berharap pelaksanaan integrasi ini dapat memberi kelebihan dan kemudahan kepada rakyat selaras dengan agenda pendigitalan sektor pengangkutan.
Trend pembelian tiket bas ekspres rakyat Malaysia secara dalam talian dilihat berubah dengan menyaksikan sekitar 401,000 (65 peratus) merupakan pembelian melalui dalam talian berbanding 216,000 (35 peratus) tiket yang dibeli di terminal daripada jumlah keseluruhan 618,000 dalam sebulan.
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#APAD
#bas tambahan
#tiket balik kampung
#Hari Raya 2023
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan