awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belanja RM25,000 hiasi rumah, salji buatan untuk kongsi kegembiraan sambut Krismas
AS haramkan import dron, komponen buatan luar negara
Kecemerlangan Tang Jie-Ee Wei rangkul gelaran dunia warnai kalendar sukan negara 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidilfitri: KTMB masih jual 186,000 tiket Intercity dan ETS

Bernama
Bernama
28/06/2016
09:18 MYT
Aidilfitri: KTMB masih jual 186,000 tiket Intercity dan ETS
Orang ramai boleh mendapatkan tiket mereka menerusi kaunter tiket KTMB di KL Sentral atau menghubungi talian 03-2267 1200 atau mengunjungi laman web KTMB http://www.ktmb.com.my/. - Gambar fail
Sebanyak 186,000 tiket Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Intercity dan perkhidmatan keretapi elektrik (ETS) masih dijual bagi perjalanan pada 1 Julai hingga 11 Julai ini.
Pengurus Kanan Pemasaran KTMB Antara Bandar Mohd Noordin Kimi berkata setakat ini, sebanyak 164,000 tiket pergi-balik telah dijual untuk perjalanan ke utara, selatan dan pantai timur bagi tempoh berkenaan.
"Adanya permintaan tiket begitu tinggi terutamanya mulai Jumaat ini hingga 11 Julai bagi perkhidmatan ETS menyebabkan kami memutuskan untuk menambah kekerapan perkhidmatan daripada 32 kali perkhidmatan sehari kepada 36 kali," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Sejak laluan kereta api Ekspres Timuran ke Tumpat dipulihkan pada Mei lepas setelah Jambatan Kemubu, Kuala Krai selesai dibaiki, beliau berkata permintaan tinggi turut diterima untuk perjalanan pergi-balik ke Tumpat sempena Aidilfitri ini.
"Kami juga menambah koc 100 tempat duduk bagi setiap perkhidmatan ini dan tiket perjalanan pergi-balik ke Tumpat juga masih dijual," katanya.
Selain itu, tiket dari sektor utara seperti Padang Besar, Butterworth serta Ipoh menuju ke Kuala Lumpur dan Gemas juga masih dijual bagi tempoh 1 Julai hingga 5 Julai dan 7 Julai hingga 11 Julai.
Mohd Noordin berkata bagi pengguna ETS untuk perjalanan ke utara, mereka tidak perlu risau kerana pihaknya turut menambah kekerapan perjalanan ETS menjelang dan selepas Aidilfitri.
Laluan ke sektor utara itu antaranya melibatkan destinasi seperti Ipoh, Butterworth serta Padang Besar.
Orang ramai boleh mendapatkan tiket mereka menerusi kaunter tiket KTMB di KL Sentral atau menghubungi talian 03-2267 1200 atau mengunjungi laman web KTMB http://www.ktmb.com.my/.
Topic Berkaitan
#000 tiket Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Intercity dan perkhidmatan keretapi elektrik (ETS) masih dijual bagi perjalanan pada 1 Julai hingga 11 Julai ini
#Mohd Noordin Kimi
#Sebanyak 186
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan