awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Melaka terima pelaburan lebih RM9 bilion bangunkan pusat data AI di Jasin
MARA tidak kompromi, sorok sebarang isu integriti petugasnya - Asyraf Wajdi
Dasar Penyakit Jarang Jumpa perkemas tadbir urus, akses rawatan - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidilfitri: Laluan alternatif di Gua Musang-Kuala Lipis mulai sesak

Bernama
Bernama
20/04/2023
08:15 MYT
Aidilfitri: Laluan alternatif di Gua Musang-Kuala Lipis mulai sesak
Beberapa laluan yang mengalami kesesakan adalah Hentian Gua Musang dan persimpangan berhampiran IPD Gua Musang. -Twitter Bernama
GUA MUSANG: Laluan alternatif Gua Musang, Kelantan-Kuala Lipis, Pahang mulai sesak sejak pagi tadi berikutan peningkatan jumlah kenderaan warga perantau yang pulang ke kampung halaman masing-masing untuk meraikan Aidilfitri.
Tinjauan Bernama hari ini mendapati beberapa laluan yang mengalami kesesakan adalah Hentian Gua Musang dan persimpangan berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang.
Pekerja swasta Amila Abdullah, 25, yang ingin pulang ke Tanah Merah berkata beliau terpaksa menempuh perjalanan selama 11 jam dari Cheras, Kuala Lumpur untuk sampai ke Gua Musang.
"Terdapat beberapa kawasan mengalami kesesakan jalan raya yang teruk seperti Gombak (Selangor), Raub, Kuala Lipis dan Merapoh (Pahang)," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hentian Gua Musang, di sini hari ini.
Bagi Shahrul Ridhwan Abd Wahab, 37, pula berkata keputusan menggunakan laluan Simpang Pulai-Lojing-Gua Musang adalah tepat kerana aliran trafik di laluan tersebut bergerak dengan lancar.
"Alhamdulillah perjalanan sangat lancar, kenderaan juga tidak banyak melalui jalan Cameron Highlands, Pahang dan saya harap dapat sampai ke Pasir Mas dengan selamat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#Gua Musang
#Laluan alternatif Gua Musang-Kuala Lipis
#jalan sesak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan