KUALA LUMPUR: Bersempena dengan sambutan Hari Raya, Maxis telah melancarkan beberapa inisiatif untuk membawa keceriaan kepada keluarga B40, pelajar dan Orang Kurang Upaya (OKU), termasuk menjalinkan kerjasama dengan Persatuan OKU Sentral bagi membantu golongan OKU menceburi program keusahawanan maya.
Program eKelas Usahawan merangkumi siri bengkel pemasaran digital dengan pendekatan praktikal, bagi melengkapkan peserta dengan peralatan digital yang betul dan kemahiran yang dapat mengembangkan perniagaan dan meningkatkan peluang pendapatan mereka.
Maxis dalam satu kenyataan memaklumkan antara modul yang telah dibangunkan termasuklah panduan dan kemahiran asas pemasaran dan fotografi digital, penulisan iklan, serta perancangan kempen pemasaran dan pengiklanan menerusi platform dalam talian dan media sosial.
Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat Maxis Mariam Bevi Batcha berkata musim perayaan adalah waktu istimewa untuk Maxis membantu pelbagai golongan rakyat Malaysia di seluruh negara, di bawah kempen Raya tahun ini.
"Program kemasyarakatan kami memberi kesan mendalam kepada kehidupan orang ramai yang kami bantu dan kami berharap sumbangan tersebut akan membawa impak positif kepada komuniti tersebut, serta memperkasa mereka melalui pendigitalan, mengikut keperluan masing-masing yang berbeza," katanya dalam kenyataan tersebut.
Sementara itu Presiden OKU Sentral Datuk Ras Adiba Radzi juga menyatakan kegembiraan beliau kerana dapat bekerjasama dengan Maxis dalam memberikan impak positif kepada komuniti OKU dan memastikan mereka tidak ketinggalan.
"Ia amat menginspirasikan untuk melihat bagaimana kita boleh memperkasakan mereka bagi meningkatkan peluang pendapatan dan mencapai kemungkinan baharu dengan alatan digital yang betul," katanya yang turut hadir pada pelancaran kempen Maxis Raya itu.
Selain program keusahawanan untuk OKU, Maxis di bawah kempen Raya juga telah mengedarkan sebanyak 150 bakul makanan kepada komuniti B40 di Pasir Mas dan Rantau Panjang, Kelantan yang terjejas akibat banjir.
Selain itu 50 pelajar dari komuniti B40 di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Garuda di Pahang telah menerima bantuan kelengkapan sekolah serta dengan panduan untuk mereka menyertai program eKelas Maxis.
'eKelas' adalah program komuniti utama Maxis, yang menyediakan akses kepada pendidikan berkualiti untuk pelajar Tahun 4 hingga Tingkatan 5, melalui tutorial secara langsung, pembelajaran berkumpulan, pertandingan dan kandungan digital selaras dengan Sukatan Pelajaran Sekolah Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 09 2022
Bersempena dengan sambutan Hari Raya, Maxis telah melancarkan beberapa inisiatif untuk membawa keceriaan kepada keluarga B40, pelajar dan Orang Kurang Upaya.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
Mata ganjaran akan luput? Berhati-hati penipuan sasar pengguna Maxis
Untuk makluman, pautan yang dihantar berkenaan adalah bukan daripada pihak Maxis, tetapi merupakan pautan hasad, yang mungkin membawa kepada kecurian data atau kewangan.
Serangan siber: JPDP sahkan tiada ketirisan data peribadi Maxis
Jabatan Perlindungan Data Peribadi sahkan tiada sebarang ketirisan data peribadi berlaku susulan dakwaan serangan siber terhadap Maxis.
Maxis, Nokia umum kerjasama pacu ketersambungan generasi baharu
Maxis menyatakan akan bekerjasama dengan Nokia dalam mengimplementasi pelbagai teknologi baharu yang dibangunkan Nokia perlind
Maxis, Google Cloud perluas kerjasama, integrasi GenAI dalam perkhidmatan
Maxis telah memperluas kerjasama strategik bersama Google Cloud dengan mengintegrasikan kecerdasan buatan generatif (GenAI) ke dalam aliran kerja dan penawaran perkhidmatannya.
Maxis lancar siasatan dakwaan pelanggaran keselamatan siber
Maxis Bhd hari ini memulakan siasatan untuk menentukan kesahihan dakwaan berlakunya pelanggaran keselamatan siber terhadap sistemnya.
Hasil perkhidmatan Maxis meningkat 1.8% tahun ke tahun
Maxis mengisytiharkan dividen interim sebanyak empat sen sesaham untuk suku ketiga.
Maxis setuju meterai perjanjian akses 5G DNB - Fahmi Fadzil
Maxis bersetuju memeterai Perjanjian Akses 5G dengan Digital Nasional Berhad DNB) hari ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
Maxis dijangka meterai perjanjian capaian 5G tidak lama lagi - RHB IB
Maxis Bhd dijangka menandatangani perjanjian capaian (AA) 5G tidak lama lagi sekali gus mengorak laluan untuk pelancaran 5G komersial.
Maxis ulangi komitmen untuk tandatangani perjanjian akses 5G dengan DNB
Maxis Bhd (Maxis) mengulangi komitmennya untuk menandatangani perjanjian akses 5G dengan Digital Nasional Bhd (DNB) untuk menyediakan perkhidmatan 5G kepada pelanggan mereka.
Maxis catat keuntungan bersih tinggi RM320.0 juta pada suku pertama 2023
Maxis Bhd merekodkan keuntungan bersih tinggi bagi suku pertama yang berakhir 31 Mac, 2023, kepada RM320.0 juta berbanding RM298.0 juta pada suku yang sama tahun lepas.