awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidilfitri: MB Perlis nasihat perantau terus amal kawalan kendiri

Bernama
Bernama
28/04/2022
14:22 MYT
Aidilfitri: MB Perlis nasihat perantau terus amal kawalan kendiri
Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berkata kerajaan negeri amat menggalakkan masyarakat supaya berbuat demikian walaupun KKM telah mengumumkan kelonggaran beberapa SOP berhubung COVID-19. - Gambar fail/BERNAMA
KANGAR: Perantau yang ingin pulang ke Perlis bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri dinasihatkan supaya terus mengamalkan kawalan kendiri bagi mengelak penularan wabak COVID-19.
Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berkata kerajaan negeri amat menggalakkan masyarakat supaya berbuat demikian walaupun Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengumumkan kelonggaran beberapa prosedur operasi standard berhubung COVID-19.
"Disebabkan sekarang kerajaan dah berikan banyak kelonggaran, jadi penting sekali untuk setiap pihak ada kawalan kendiri bagi mengurangkan berlakunya penularan wabak berkenaan," katanya kepada pemberita selepas Program Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim di sini malam ini.
Semalam, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengumumkan bahawa berkuat kuasa 1 Mei depan, pemakaian pelitup muka di luar bangunan dan kawasan terbuka tidak diwajibkan tetapi adalah atas pilihan individu.
Mengenai program berbuka puasa itu, Azlan berkata seramai 240 orang anak yatim di sekitar Kangar dipilih untuk diraikan dan menerima zakat hasil sumbangan beberapa pihak.
Beliau berkata semua penerima dipilih oleh kepimpinan setempat bagi memastikan tiada pihak yang tercicir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#Perlis
#Menteri Besar
#Azlan Man
#KKM
#Kementerian Kesihatan
#COVID-19
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan