awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
STPM 2024 catat PNGK Nasional 2.85, tertinggi dalam rekod
MALAYSIA
Empat polis direman minta, terima suapan selesai kes tunang berdua-duaan dalam kereta
MALAYSIA
AKPS siasat dakwaan wujud sindiket 'phantom travel' di KLIA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Aidilfitri: PM nasihat orang ramai pandu dengan berhati-hati, berhemah di jalan raya

Bernama
Bernama
28/03/2025
10:00 MYT
Sponsor Banner
Aidilfitri: PM nasihat orang ramai pandu dengan berhati-hati, berhemah di jalan raya
Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihati orang ramai yang akan pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri agar memandu secara berhemah dan berhati-hati di jalan raya. - Gambar fail/Astro AWANI
SHAH ALAM: Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihati orang ramai yang akan pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri agar memandu secara berhemah dan berhati-hati di jalan raya.
Perdana Menteri berkata langkah berwaspada perlu diambil bagi mengelakkan hari kemenangan itu tidak disambut dengan kedukaan berikutan angka kemalangan yang biasanya meningkat pada musim perayaan.
"Menjelang Hari Raya Aidilfitri, ramai yang akan pulang ke kampung. Kita minta para pemandu supaya sentiasa berwaspada bagi mengelakkan kemalangan kerana angka itu sudah meningkat, jadi kita harus elakkan.
"Itu sebagai pesan kepada semua kerana kita nak pergi ini untuk (eratkan) silaturahim sempena Aidilfitri tetapi bila dah kemalangan, ia akan susahkan bukan sahaja keluarga kita tetapi juga sanak saudara," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat bersama lebih 1,000 jemaah di Masjid Jamek Raja Tun Uda, Seksyen 16 di sini hari ini.
Beliau sempat beramah mesra dengan jemaah yang hadir sebelum bergerak ke Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor bagi meninjau persiapan Aidilfitri orang ramai.
Perdana Menteri, yang tiba pada 2.30 petang, meluangkan masa kira-kira 30 minit meninjau harga barangan dan situasi perniagaan di pusat beli-belah yang menjadi identiti Shah Alam serta tempat usahawan bumiputera mencari rezeki.
Anwar, yang diiringi Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari serta Exco Belia, Sukan dan Keusahawan negeri Mohd Najwan Halimi, juga dilihat bertanya khabar dengan peniaga selain bersalaman dengan pengunjung yang teruja dengan kehadiran Perdana Menteri ke kompleks perniagaan berusia 48 tahun itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#pandu berhati-hati
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#jalan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami