awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidilfitri: Sabah tidak benarkan penganjuran rumah terbuka

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
11/05/2021
14:07 MYT
Aidilfitri: Sabah tidak benarkan penganjuran rumah terbuka
Aktiviti ziarah juga dibenarkan untuk ahli keluarga terdekat sahaja dan tidak melebihi 10 orang. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA KINABALU: Sabah tidak membenarkan sebarang penganjuran majlis hari raya dan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri.
Bagaimanapun, menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun, aktiviti ziarah-menziarahi adalah dibenarkan bagi hari raya pertama sehingga ketiga, tertakluk kepada syarat.
"Sesi ziarah hari raya dihadkan dari jam 9 pagi hingga 9 malam (2 jam untuk setiap 10 orang).
"Tuan rumah diwajibkan menyediakan QR Code MySejahtera dan mematuhi protokol kesihatan umum yang ditetapkan," katanya.
Aktiviti ziarah juga dibenarkan untuk ahli keluarga terdekat sahaja dan tidak melebihi 10 orang.
Manakala, hanya enam orang daripada satu keluarga dibenarkan untuk aktiviti ziarah kubur dan terhad kepada 45 minit bagi satu lot kubur.
Masidi yang merupakan jurucakap COVID-19 bagi negeri ini berkata Sabah hari ini mencatatkan pertambahan 50 kes positif COVID-19 baharu.
"Daripada jumlah itu, sebanyak 31 kes adalah berpunca dari saringan kontak rapat, sembilan kes saringan bergejala, tujuh kes dari kluster sedia ada serta tiga kes dari lain-lain kategori," katanya dalam satu kenyataan media laporan harian COVID-19 pada Selasa.
Tiga daerah yang mencatatkan pertambahan kes tertinggi ialah Tawau (19 kes), Kota Kinabalu (11 kes), dan Lahad Datu (enam kes).
Satu kes kematian juga telah direkodkan dari daerah Kunak.
Topic Berkaitan
#Sabah
#majlis hari raya
#rumah terbuka
#Aidilfitri
#Masidi Manjun
#PKP
#QR Code MySejahtera
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan