awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Realme mula buang pekerja di India selepas kembali di bawah Oppo
Litar pintas dipercayai punca deretan rumah sewa terbakar
Quick Share diperluas, Android bakal dapat sokongan AirDrop rentas platform
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AIM tangguh bayar balik pinjaman sehingga 31 Julai 2021 - Lajim Ukin

Astro Awani
Astro Awani
02/07/2021
08:38 MYT
AIM tangguh bayar balik pinjaman sehingga 31 Julai 2021 - Lajim Ukin
Lajim berkata, AIM juga telah memperkenalkan lapan Pakej Rangsangan Ekonomi AIM serta menyediakan pelbagai inisiatif lain. - Gambar/ AIM
KUALA LUMPUR: Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) hari ini mengumumkan lanjutan penangguhan bayaran balik pinjaman yang dibuat oleh 378,507 peminjam, yang dikenali sebagai Sahabat AIM, berkuat kuasa 1 sehingga 31 Julai 2021.
Pengerusi Eksekutif AIM, Datuk Seri Lajim Ukin menjelaskan, langkah itu dibuat berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang diumumkan kerajaan bagi memutuskan rantaian COVID -19.
"Dengan lanjutan sehingga 31 Julai ini, AIM sehingga hari ini telah memberi penangguhan bayaran balik pinjaman kepada Sahabat AIM selama lapan minggu bermula tarikh PKP 3.0 berkuat kuasa secara penuh pada 1 Jun 2021 lalu.
"Selain itu, semua Mesyuarat Pusat (MP), Perjumpaan Pusat Khas (PPK) dan kutipan bagi Skim Pembiayaan Ikhtiar, Simpanan Tabung Kumpulan, Tabung Kebajikan dan Kesejahteraan Sahabat (TKKS) serta Tabung Khairat Hutang juga ditangguh sehingga 31 Julai 2021.
"AIM juga memutuskan untuk menangguhkan pembentangan permohonan bagi Skim Pembiayaan Ikhtiar (SPI), pengeluaran Tabung Kumpulan, tuntutan Tabung Khairat Hutang, penjadulan semula pembiayaan dan juga pembentangan untuk tangguh bayar balik pinjaman," katanya dalam satu kenyataaan pada Jumaat.
BACA: AIM nafi spekulasi akan diswastakan - Lajim
BACA: COVID-19: Sahabat AIM boleh mohon lanjutan moratorium - Lajim Ukim
Dalam pada itu kata Lajim, kutipan balik bayaran SPI melalui kaedah bukan tunai (e-pay) adalah dibenarkan.
"Untuk rekod, AIM sebelum ini telah memberi penangguhan bayaran balik selama 16 minggu secara automatik kepada semua Sahabat ketika PKP 1.0 dilaksanakan. Ia kemudiannya diikuti dengan penangguhan bersasar sehingga Oktober 2020 yang membabitkan seramai 12,568 Sahabat.
"Penangguhan juga masih lagi diteruskan sehingga ke hari ini untuk mereka yang layak dan benar-benar terkesan," jelasnya.
Selain itu kata Lajim, AIM juga telah memperkenalkan lapan Pakej Rangsangan Ekonomi AIM serta menyediakan pelbagai inisiatif lain termasuk penangguhan tambahan PKPB, program kerjasama dengan beberapa agensi kerajaan serta bengkel dan kursus keusahawana digital untuk Sahabat.
"Bagi memastikan kebajikan Sahabat dibela, AIM juga memberi bantuan bekalan makanan asas yang telah memberi manfaat kepada 20,700 keluarga Sahabat menerusi Program Bakul Kasih AIM.
" AIM sesungguhnya amat prihatin dengan keperitan dan kesusahan yang dialami oleh Sahabat. Justeru banyak program pemasaran produk Sahabat secara dalam talian sedang dilaksanakan bagi membantu Sahabat menjangkau pasaran yang lebih luas dan dapat berniaga tanpa melanggar SOP ditetapkan kerajaan.
"Semua pihak dan kakitangan juga sedang berusaha untuk membantu merangka pelan pemulihan pendapatan Sahabat supaya dapat bangkit semula daripada situasi sukar sepanjang PKP dilaksanakan," ujarnya.
Lajim turut menasihatkan Sahabat agar sentiasa menjaga kesihatan serta patuh kepada SOP ditetapkan kerajaan supaya dapat memutuskan COVID-19 dengan segera dan dapat kembali menjalankan perniagaan seperti biasa.
Topic Berkaitan
#SOP
#COVID-19
#PKPB
#Moratorium
#AIM
#dalam talian
#penangguhan bayaran
#pinjaman
#PPN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan