awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HRD Corp gantung tugas 3 pengurusan tertinggi susulan isu tadbir urus
Trump tolak cadangan Putin lanjutkan had penempatan senjata nuklear
Suspek pembunuhan larikan diri 37 tahun dibawa balik ke HK dari Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AIPA perlu jadi rakan penting jayakan bina komuniti ASEAN - PM Anwar

Faida Rahim
Faida Rahim
26/05/2025
08:32 MYT
AIPA perlu jadi rakan penting jayakan bina komuniti ASEAN - PM Anwar
Anwar menegaskan bahawa AIPA perlu menjadi rakan penting dalam menjayakan agenda pembinaan Komuniti ASEAN, dengan memainkan peranan utama dalam merealisasikan aspirasi rakyat dan memperkukuh ketahanan rantau ini. -Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) perlu menjadi rakan penting untuk menjayakan agenda pembinaan Komuniti ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa AIPA perlu menjadi rakan penting dalam menjayakan agenda pembinaan Komuniti ASEAN, dengan memainkan peranan utama dalam merealisasikan aspirasi rakyat dan memperkukuh ketahanan rantau ini.
  • Beliau menekankan bahawa parlimen dan kongres negara anggota berada di barisan hadapan dalam mempromosikan pertumbuhan inklusif, dan keputusan mereka memberi impak besar terhadap dasar serantau.
  • Anwar turut menggalakkan komitmen AIPA dalam menangani isu serantau seperti keselamatan makanan, perubahan iklim, transformasi digital, dan pembangunan ekonomi inklusif, serta menyeru agar suara rakyat terus diambil kira dalam setiap keputusan ASEAN.

Anwar menegaskan, sebagai rakan kongsi utama, AIPA akan memainkan peranan utama dalam merealisasikan penghayatan aspirasi rakyat, memacu kemajuan merentasi tiga tonggak utama ASEAN, serta memperkukuh kesiapsiagaan dan ketahanan rantau ini.
Beliau berkata parlimen dan kongres sesebuah negara berada di barisan hadapan dalam mempromosikan pertumbuhan inklusif dan membina komuniti ASEAN yang mampan, memandangkan setiap keputusan mereka memberi impak besar terhadap rundingan dan pembuatan dasar serantau.
“Setiap keputusan yang dibuat oleh Parlimen atau Kongres pasti akan mempengaruhi perjalanan rundingan.
"Justeru, saya ingin menegaskan bahawa AIPA perlu diberikan galakan dan pendedahan yang sewajarnya mengenai kerja-kerja dan bahan berkaitan ASEAN.”
Anwar berkata demikian dalam ucapan perasmiannya pada sesi ASEAN Leaders’ Interface With Representatives of AIPA, hari ini, yang berlangsung sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46.
Turut hadir Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, yang juga Presiden AIPA ke-46.
Anwar turut menggalakkan komitmen berterusan AIPA, antara lain dalam menangani isu keselamatan makanan, perubahan iklim, transformasi digital, serta pembangunan ekonomi yang inklusif.
“Pada masa sama, suara rakyat yang disampaikan melalui wakil mereka yang dipilih mesti diambil kira dalam setiap keputusan Kemuncak ASEAN-GCC-China yang julung-julung kali diadakan, menjadi platform strategik untuk memperkukuh Kerjasama serantau dan antara wilayah," katanya.
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#AIPA
#agenda pembinaan Komuniti ASEAN
#ASEAN25
#ASEAN2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan