Krisis air dialami ketika ini sepatutnya menjadi iktibar kepada rakyat Malaysia untuk mengubah sikap mereka dalam pengurusan penggunaan dan pemuliharaan air dengan lebih baik, menurut pertubuhan bukan kerajaan.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM) Foon Weng Lian menegaskan kurang kesedaran dan sikap tidak peduli dalam kalangan rakyat Malaysia turut menyumbang kepada pembaziran dan kekurangan air.
"Sudah tiba masanya untuk kita mengkaji bagaimana kita menggunakan air. Bukan pengguna sahaja perlu mengubah sikap, pembuat dasar juga perlu berbuat demikian, dan merumuskan dasar-dasar yang menjamin kelestarian sumber itu.
"Puratanya, rakyat Malaysia menggunakan lebih banyak air daripada apa yang mereka perlukan," katanya kepada Bernama, di sini.
Beliau berkata kaji selidik pada 2012 menunjukkan penggunaan air di Malaysia adalah 212 liter seorang setiap hari, antara tertinggi di rantau ini, berbanding 151 liter di Singapura dan 150 liter dicadangkan Pertubuhan Bangsa Bersatu.
Foon mencadangkan satu daripada cara untuk mengubah sikap pengguna adalah menerusi kempen kesedaran jangka panjang yang efektif.
"Kempen dilaksana satu kali sahaja tidak dapat membuahkan hasil yang diinginkan. Jadi adalah amat penting untuk mengadakan kempen penjimatan air secara lestari jangka panjang sekiranya kita serius mahu mengubah sikap orang ramai dan meningkatkan kesedaran tentang pemuliharaan air.
Memberikan contoh Singapura, katanya Malaysia boleh belajar daripada pengalaman republik itu dalam pemuliharaan air.
"Singapura mempunyai kempen kesedaran air paling berjaya dan efektif. Ia bermula sejak 1977 dan berterusan hingga sekarang.
"Disebalik perlu membeli 50 peratus air dari Malaysia, setakat ini mereka tidak berdepan sebarang masalah kekurangan air sepertimana yang sedang dihadapi kita," katanya.
Beliau juga berkata dasar pengurusan air negara yang hanya menumpukan terhadap pengurusan sumber air, juga perlu disemak semula untuk memasukkan bekalan dan permintaan air serta air tidak terhasil (NRW).
"Ketika ini, kita hanya menumpukan untuk mengenal pasti lebih banyak sumber air untuk memenuhi permintaan bagi air. Tetapi kita tidak pernah memberi tumpuan kepada bagaimana kita patut mengawal sumber dan penggunaannya untuk faedah jangka panjang, manakala isu NRW patut ditangani oleh pihak berkenaan dengan lebih efektif," katanya.
Walaupun krisis air pernah berlaku sebelum ini, ini merupakan kali pertama catuan air dilaksanakan di Lembah Klang berikutan paras air di beberapa empangan utama berkurangan dengan ketara, berlarutan untuk tempoh lama.
Catuan air kini dilanjutkan hingga akhir April dan menurut Foon, sekiranya keadaan paras air tidak berubah, catuan air dijangka dilanjutkan. Sependapat dengan Foon, aktivis alam sekitar Gurmit Singh berkata kadar air yang murah di negara ini dan dasar air percuma untuk 20 meter padu telah gagal menggalakkan orang ramai menggunakan air secara berhemat.
"Ramai daripada kita seolah-olah tidak menghargai air kerana kita fikir ia tetap ada sampai bila-bila. Kita perlu mengubah cara berfikir itu," katanya ketika dihubungi.
Pengerusi Pusat Alam Sekitar, Teknologi dan Pembangunan Malaysia (CETDEM) itu mencadangkan kerajaan mengambil pendirian lebih tegas dalam usaha memupuk sikap menggunakan air secara efisien dalam kalangan orang ramai. Ini termasuk menggalakkan penggunaan alat penjimatan air dalam kalangan pengguna domestik dan industri dan mewajibkan pemaju perumahan memasang tangki dalam projek baharu mereka untuk tujuan menuai air hujan, katanya.
"Air hujan boleh digunakan untuk menyiram tanaman atau membasuh kereta. Selain itu ia boleh membantu mengawal banjir kerana ia menghalang air hujan daripada mengalir ke longkang," katanya. -- Bernama
Voon Miaw Ping
Wed Apr 02 2014
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
Pembukaan banyak pusat data boleh jejas sumber air negara
Meskipun Malaysia mengalu-alukan pelaburan itu, pakar bimbang tidak ada cukup langkah untuk melindungi air bagi kegunaan awam dan persekitaran.
Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.
Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.
Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.
Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.
Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.
Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.