awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Air Selangor: 1,045 kawasan sudah mula pulih sepenuhnya petang tadi

Bernama
Bernama
07/09/2020
14:07 MYT
Air Selangor: 1,045 kawasan sudah mula pulih sepenuhnya petang tadi
Sistem agihan juga sedang distabilkan untuk membolehkan 24 lagi kawasan pulih sehingga pukul 12 tengah malam ini.
Setakat pukul 6.30 petang hari ini, 1,045 daripada 1,292 kawasan telah pulih sepenuhnya daripada gangguan bekalan air di Selangor apabila Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1,2,3 dan Rantau Panjang henti tugas pada 3 Sept 2020 kerana pencemaran sumber air.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyatan malam ini berkata baki 247 kawasan masih lagi dalam proses pemulihan.
Sistem agihan juga sedang distabilkan untuk membolehkan 24 lagi kawasan pulih sehingga pukul 12 tengah malam ini.
Justeru, Air Selangor menasihati para pengguna supaya tidak menyimpan dan menjimatkan penggunaan air bagi melancarkan proses pemulihan di kawasan-kawasan yang masih terjejas.
Sehingga ini wilayah Petaling mencatatkan pemulihan hingga 92.43 peratus, Klang/Shah Alam (39.55 peratus), Gombak (84.67 peratus), Kuala Lumpur (70. 85 peratus), Hulu Selangor (100 peratus), Kuala Langat (75 peratus) dan Kuala Selangor (99.62 peratus).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#air
#Air Selangor
#bekalan air
#gangguan
#Hulu Selangor
#Klang
#Kuala Langat
#Kuala Lumpur
#Kuala Selangor
#pencemaran
#shah alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan