awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Air Selangor, TNB diminta beri pengecualian bil kepada mangsa banjir

Bernama
Bernama
20/12/2021
07:40 MYT
Air Selangor, TNB diminta beri pengecualian bil kepada mangsa banjir
Penduduk perlu menggunakan sumber air dan elektrik dalam kuantiti yang banyak untuk membersihkan kediaman selepas dilanda bencana itu. - Bernama
KUALA LUMPUR: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) diminta memberi pengecualian bil air dan elektrik kepada mangsa banjir yang terkesan dengan musibah itu.
Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh berkata, perkara itu dibangkitkan sendiri oleh penduduk yang terkesan kerana perlu menggunakan sumber air dan elektrik dalam kuantiti yang banyak untuk membersihkan kediaman selepas dilanda bencana itu.
"Oleh kerana kerja pembersihan yang sangat besar, jadi ia mengambil banyak penggunaan air dan elektrik, jadi mereka (mangsa) nak dikecualikan pembayaran bil untuk bulan ini," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Jelasnya urusan pembersihan dan membaik pulih rumah serta membeli perkakas baharu juga memerlukan masa yang panjang.
Selain itu, beliau mahu kerajaan membuat pendirian tegas dengan meminta majikan swasta memberikan cuti bergaji kepada mangsa banjir sama seperti yang diumumkan kepada penjawat awam bagi membolehkan mereka menguruskan kerja pembersihan.
Yeoh turut meminta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menghulurkan bantuan segera kepada mangsa banjir bagi memastikan tiada warga emas dan Orang Kurang Upaya yang terlepas daripada mendapat bantuan segera.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#Penduduk
#elektrik
#Air Selangor
#TNB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan