KUALA LUMPUR: Cabang pendidikan di bawah Capital A Berhad, AirAsia Academy melancarkan platform Pembelajaran Atas Permintaan atau On-Demand Learning (ODL) dalam usahanya memperkasakan semangat rakyat Malaysia bagi memanfaatkan konsep pembelajaran sepanjang hayat.
AirAsia Academy berkata, ia sejajar dengan misi Capital A untuk menawarkan pendidikan digital yang berpatutan dan mudah diakses kepada semua pelajar.
Menerusi pelancaran tersebut, platform teknologi pendidikan sehenti itu akan menawarkan akses percuma selama sebulan untuk pendaftar baharu.
"Pada masa yang sama, tawaran pembelajaran platform ODL ini sejajar dengan kerjasama AirAsia Academy bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menghasilkan graduan berkemahiran sepadan dengan keperluan Revolusi Industri 4.0 serta untuk memajukan negara sebagai sebuah negara yang dipacu secara digital.
"Pelancaran platform ODL, perkhidmatan setempat edutech yang mengandungi lebih daripada 16,000 video daripada pelbagai kandungan teknologi dan bukan teknologi, dibangunkan untuk memenuhi kemudahan pelanggan dan juga melengkapkan pengalaman pembelajaran AirAsia Academy.
"Ia juga mengukuhkan lagi keupayaan AirAsia Academy sebagai pusat latihan terkemuka negara di dalam bidang EduTech yang bertujuan menjadikan latihan digital lebih menyeluruh," AirAsia Academy dalam kenyataan hari ini.
Pelancaran platform tersebut disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad dan Presiden (Ventures) Capital A dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Academy, Aireen Omar.
Sementara itu, Noraini dalam kenyataan sama turut menzahirkan keyakikan bahawa portal tersebut akan menjadi antara sumber utama yang menawarkan pendidikan secara fleksibel.
"Ia bukan hanya pada pelajar dan graduan IPT, tetapi juga kepada belia, pekerja dan seluruh Keluarga Malaysia," ujarnya.
Aireen pula berkata: “Kami berasa teruja untuk melancarkan platform ini secara rasmi dan berbangga kerana mendapat sokongan daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi yang menyokong visi kami untuk menjadikan pendidikan lebih inklusif.
"Kami turut berbangga dengan pencapaian pasukan AirAsia Academy kerana telah membangunkan rangkaian produk ODL hanya dalam masa enam bulan selepas idea itu diilhamkan," tambahnya.
Menurut Aireen lagi, dalam masa dua bulan sahaja, AirAsia Academy berjaya menawarkan lebih 16,000 kandungan baharu dan jumlah itu dijangka melebihi 20,000 menjelang akhir tahun 2022.
Astro Awani
Fri Jul 08 2022

Ketua Setiausaha KPT, Datuk Seri Abduk Razak Jaafar (kiri); Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad (tengah) dan Presiden Capital A, Aireen Omar ketika majlis pelancaran hari ini - Foto/AirAsia Academy

Sukan Komanwel | Prestasi hebat Malaysia menjanjikan tujuh pingat emas
Wartawan Astro ARENA, Fina Nasrom yang membuat rangkuman Sukan Komanwel 2022 edisi Birmingham yang menutup tirai pada jam 3 pagi Selasa melaporkan, pingat emas ketujuh yang berjaya dirangkul beregu utama wanita negara Pearly Tan - M.Thinaah selepas menewaskan pasukan tuan rumah dalam acara badminton beregu wanita Sukan Komanwel Birmingham 2022 yang juga perlawanan penutup menjadi satu kenangan manis buat kontinjen negara.

Krisis Rusia-Ukraine | Ukraine didakwa bedil stesen jana kuasa nuklear Zaporizhzhia
Kementerian Pertahanan Rusia hari ini mendakwa Ukraine membedil stesen jana kuasa nuklear Zaporizhzhia, stesen terbesar di Eropah semalam.

Letupan | Kanak-kanak 4 tahun maut di Thorton Heath
Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut di selatan London pada Isnin selepas berlakunya letupan di dalam rumah, dipercayai akibat kebocoran gas. Menurut pihak berkuasa, sebuah rumah teres, yang terletak di Thornton Heath itu musnah susulan kejadian letupan yang turut merosakkan harta benda kediaman berhampiran.

Pembukaan Sempadan | Bantuan kemanusiaan kembali memasuki Gaza
Selepas ditutup minggu lalu, Israel kembali membuka pintu sempadan daratnya ke Gaza. Bagaimanapun, pembukaan sempadan tidak dibuat sepenuhnya dan hanya kepada pasukan misi bantuan kemanusiaan sahaja.

Kes Pergaduhan | 9 cedera dalam kejadian tembakan di Cincinnati
Sembilan orang cedera termasuk seorang wanita dalam kejadian tembakan di luar sebuah bar di Cincinnati pada Ahad.

Protes | Penduduk marah bekalan elektrik terputus
Protes tercetus di bandar Basra Iraq apabila bekalan elektrik terputus ketika negara itu turut berdepan cuaca panas melampau.

Akaun Telegram Saifuddin Abdullah pula digodam
Saifuddin berkata pihak yang menggodam akaunnya telah menyalahgunakan nama dan gambarnya melalui aplikasi itu.

Inflasi | Belum boleh eksport ayam ke luar negara
Tan Sri Annuar Musa berkata, kerajaan mendengar pandangan peniaga dan pembekal ayam yang berharap agar sekatan eksport dapat dilonggarkan. Beliau berkata, berdasarkan maklum balas yang diterima, beberapa pihak mengatakan bahawa terdapat lebihan bekalan ayam bagi kegunaan domestik.

Jawatan TPM | Azmin hanya fokus pulihkan ekonomi, tangani COVID-19
Ahli Majlis Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengelak daripada menjawab dakwaan nama beliau dikaitkan sebagai calon Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang dikemukakan kepada Perdana Menteri. Sebaliknya, Azmin yang juga Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, fokus beliau dan rakan-rakan dalam Bersatu hanya untuk memulihkan semula ekonomi dan menangani COVID-19.

Politik | Bersatu, PN komited perkukuh kerajaan sedia ada - Azmin
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Perikatan Nasional (PN) komited untuk memperkukuhkan kerajaan sedia ada, demikian jelas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Tunku Mahmood Fawzy dilantik Pengerusi AirAsia X ganti Rafidah Aziz
Tunku Mahmood Fawzy pada mulanya menyertai AAX sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas pada 1 Julai 2022.

AirAsia Academy lancar Platform On-Demand Learning, kerjasama dengan KPT
AirAsia Academy berkata, ia sejajar dengan misi Capital A untuk menawarkan pendidikan digital yang berpatutan dan mudah diakses kepada semua pelajar.

45,879 rakyat berpeluang tebus e-baucar pengangkutan udara
Seramai 45,879 rakyat Malaysia berpeluang menebus e-baucar bernilai RM25 hingga RM100 bagi pembelian tiket penerbangan domestik secara dalam talian sehingga hujung tahun ini.

Rafidah Aziz letak jawatan pengerusi AirAsia X selepas lebih 10 tahun
Peletakan jawatan itu berkuat kuasa 1 Julai 2022, menurutnya dalam makluman di Bursa Malaysia pada Isnin.

AirAsia mulakan penerbangan terus Kota Kinabalu-Bangkok bulan depan
Penambahan laluan baharu itu pastinya mampu menarik lebih ramai pelancong sekali gus merancakkan lagi industri pelancongan Sabah.

Pergerakan penumpang melebihi paras 7 juta pada Mei, tertinggi dalam tempoh dua tahun - MAHB
Prestasi trafik MAHB untuk keseluruhan rangkaian lapangan terbangnya mendapat tarikan pada Mei 2022.

AirAsia harap pembukaan semula Terminal 4 Lapangan Terbang Changi pada September
Ketika ini Airasia melaksanakan penerbangan ke 11 bandar di ASEAN dari Singapura berbanding 16 bandar sebelum penutupan sempadan antarabangsa akibat COVID-19.

Proses permintaan bayaran balik akibat COVID-19 hampir selesai, kata AirAsia Aviation Group Aviation
AirAsia Aviation Group Ltd (AAAGL), cabang penerbangan Capital A menegaskan komitmennya untuk menyelesaikan semua permintaan bayaran balik akibat pandemik, secepat mungkin.

Najib saran Sapura contohi AAX kembalikan keuntungan
Beliau berkata demikian susulan laporan AAX yang berjaya merekodkan keuntungan sebanyak RM33.6 bilion bagi suku ketiga tahun 2022.

Thailand siasat pesawat AirAsia mendarat di landasan salah
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) sedang menyiasat insiden penerbangan Thai AirAsia yang mendarat di landasan bukan ditetapkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang awal bulan ini.